Catatan 3/3.
Budak menjual CD
27 Ogos 2010. 4.10 petang. Stesen minyak Petronas, Simpang Jerantut, Temerloh
Sewaktu mengepam minyak, saya didatangi seorang budak perempuan remaja.
Di tangannya ada beberapa barang.
Assalamualaikum bang. Saya ....dari tahfiz...Kedah... (Tapi penampilannya biasa saja. Tak nampak macam budak tahfiz pun)....abang nak tengok CD, DVD...
Dari Kedah? Awat jauhnya mai sampai sini oooiii...
Kami pi satu Malaysia bang... mai laa beli ni DVD P. Ramlee bang..
P.Ramlee? wow! Awat sekolah tahfiz juai DVD P. Ramlee?
Pasai apa bang? Tak bleh kaa?
Tak dak laa lagu tuu.. Cuma biasanya kalu tahfiz tu, juai CD Quran ka, bahasa Arab ka..
Oooo..nanti kami bawak la VCD nasyid bang...
Ni lagu P. Ramlee ni lagu yang tak pernah dengaq ka?
Tak bang, lagu biasa, cam Bunyi Gitar,.... tapi dia dok ada video klip lagi..
Erm..karaoke la tu..
Lebih kurang la bang...
Beberapa minggu lepas, di Stesen Petronas Tanjung Malim. Saya didatangi seorang budak perempuan menjual barangan. Dalam lingkungan 13-15 tahun usianya. Wajahnya boleh tahan. Manis.
Assalamualaikum bang. Saya dari.... bang belilah satu produk ni.. bam gosok sesuai untuk gatal-gatal, ruam, sakit sendi....
Dik, dik dari mana ni?
Dari jauh ni bang. Bantulah kami bang. Usahawan kecil-kecilan.
Dik, dah dekat pukul 7 malam macam ni, adik tak balik rumah ke?
Nanti ada orang jemput saya bang.. ambillah satu bang...
Mak ayah adik tak risau ke..?
Diam.... Bantulah kami bang. Cuba produk ni... Bantu bumiputera, Islam, Melayu..
(Pandainya..) Tak pe la dik, nanti lain kali saya beli ya....
Dia tarik muka muncung dan berkata; ”Beginilah orang sekarang....” sambil berlalu pergi.
Dik! Dik! Diiikkk!!!!
Namun dia tidak menoleh ....
Saya rasa detik itu sungguh dramatik....
No comments:
Post a Comment