31 Oktober 2010. Ahad. 8.00 pagi-1.30 tengahari. Laman Woodball Lembah Berchang, Kuala Lipis.
64 peserta termasuk 14 dari Cameron Highland dan 1 Selangor. 36 gate. 142 par (71 par = 18 gate). 2 pusingan.
16 flight.
Saya diundi ke flight ke-2. 4 peserta. 3 lagi GB SK Kuala Kenong, Pegawai Pendidikan CH, dan cikgu Fairuz (pernah bermain di peringkat kebangsaan). Memang saya mencari nahas. Bakal dibelasah oleh mereka.... Ketiga-tiga mereka memang pro dan berlatih setiap hari.
Kali terakhir saya bermain woodball ialah lebih kurang 7 bulan yang lalu. Itupun bukan ertikata bermain
sungguh-sungguh. Sekadar memukul bola lebih kurang. Sehinggalah hari pertandingan ini barulah
saya menemukan semula beg woodball ini yang tersorok balik rak di belakang rumah.
Banyak perkara perlu diberi perhatian ketika bermain. Pertama, kedudukan badan. Adakah perlu membongkok atau tegak? Kaki terkangkang sedikit atau banyak? Atau rapat? (kalau main golf tak ada terkangkang.) Saya jarang guna posisi ini sebab saya tinggi, nampak tak senonoh, macam zirafah nak minum air pun ada...
Sudut atau bearing badan juga mempengaruhi. Jika terlebih ke kiri mungkin bola akan ke kiri
atau boleh jadi lurus. (selalu saya kurang beri perhatian soal ini, walaupun sedar. Saya banyak ikut kata hati)
Tangan nak digenggam di tengah kayu pemukul atau di pangkal, atau hujung? Ia akan menghasilkan variasi kelajuan bola. Nak bola manja? Brutal? Atau yang berpotensi membedal sesiapa yang berdekatan...?
Ia juga bergantung kepada kedudukan bola dengan sasaran. Jika nak 'parking' saja bola, kekuatan pukulan mungkin agak kurang. Jika gate masih jauh sedangkan nak hantar bola terus hampir dengan gate atau terus nak 'gate in one' maka pukulan jadi lebih kuat. Kalau kuat mungkin OB (out of boundary). Kena denda
tambah 1 pukulan. Bergantung kepada par juga. Ada orang suka main bawah par (birdie). Saya main selamat dan jimat (play safe).
Keadaan permukaan tanah juga sangat penting diperhatikan. Berumput atau tidak? Rumput tebal atau nipis, kering atau basah? Berlekuk atau rata? Ada akar pokok, tembok, pokok bunga, batu, pasir (bunker), longkang?
Faktor cuaca juga penting. Kalau redup, 36 gate boleh sahaja dalam 3 -4 jam. Stamina tentunya mantap.
Pastikan minum minuman tenaga dan perut berisi. Tapi ada juga orang yang kemaruk main dalam bulan ramadhan.
Faktor psikologi dan emosi juga dibina dalam woodball. Jangan tamak nak pukul bola laju-laju atau nak cepat habis. Akibatnya kecundang. Tunggu arahan marshall untuk giliran. Jangan stress. Jangan takut kalah. Bermainlah di bawah tekanan. (Inilah mungkin faktor saya tak menang). Terkadang ada orang suka menyindir, mengapi-apikan, memuji yang ada racun, maka jangan terpedaya. Bila dah kembang mulalah main tak berapa betul... Nasib baik saya bukan kategori ini, sebab tak ada apa yang boleh dipuji...lagipun mereka nampak saya tak beri saingan pun...
Kesimpulannya woodball menyediakan segalanya. Dari kecergasan fizikal hinggalah kecerdasan emosi,
pemikiran strategik, kemahiran intrapersonal dan interpersonal (IQ, EQ, SQ, ESQ, dan AQ).
Dengan jumlah pukulan 210, sememangnya saya tak menang. Namun bila johan dengan 159 pukulan dan
peserta tercorot 248 pukulan, 210 agak memuaskan berdasarkan alasan sudah lama tak berlatih
dan dibelasah oleh pemain pro. Termasuk juga faktor-faktor disebutkan tadi...
02 November 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
orang menang mencari jalan, orang kalah mencari alasan. mekanisme bela diri yang memang dah sedia ada adalam diri manusia...
ReplyDelete