Bagi yang hendak mendirikan solat, hal ini akan menimbulkan perasaan sangsi adakah sudah benar-benar 'suci' daripada najis dan kekotoran. Ini akan menjadikan solat tidak khusyuk kerana sentiasa ragu-ragu.
Anda yang menghadapi masalah ini boleh mencuba petua ini. Dapatkan sebiji lobak putih ( banyak di pasar) yang masih segar. buangkan kulit dan daunnya. Potong kiub halus-halus. Kisarkan hingga hancur. Tapis airnya. Buangkan hampasnya. Minum air ini segera. Jika tidak tahan dengan baunya
( seakan-akan hancing) tutup hidung dan terus minum. Menurut sumber dan dapatan kajian, kaedah ini adalah mujarab. Sehingga ada yang berjaya mengeluarkan biji-biji pasir (batu karang) sewaktu kencing.
P/s; jangan simpan jus lobak putih ini dalam peti sejuk. Ia akan menimbulkan bau yang amat menyengat hidung (bagaikan bau sampah). selamat beramal....
No comments:
Post a Comment