Kerap sangat bila pergi ke mana-mana, akan terlihat ada kereta atau motosikal di parkir di tepi jalan. Lalu di sebalik kenderaan itu atau sedikit jauh ke tepi semak, ada orang berdiri melihat ke dalam semak. Kedua tangannya menghala ke depan di letak bawah sedikit dari aras pusat. Sah! Tak lain tak bukan, dia atau mereka ini sedang buang air kecil (kasar sedikit, kencing tepi jalan).
Perbuatan ini tidak manis dipandang mata. Biarpun lelaki yang melakukannya, rasa malu patut ada. Dengan menghadap muka ke arah semak, membelakangkan orang lalu lalang di jalanan, bukan bermakna orang tidak kisah. Jika orang tidak kisah pun, ke mana hilang rasa malu si pelaku?
Mungkin alasan mereka, sudah terdesak. Tak boleh tangguh lagi. Betul, perbuatan menahan kencing tidak baik untuk kesihatan. Namun jika dapat, janganlah tunjukkan perbuatan ini kepada orang ramai. Pastikan orang tidak dapat melihat atau orang tidak tahu.
Amalan ini bukan sahaja dilakukan oleh lelaki Melayu, beragama Islam. Boleh dikatakan semua bangsa dan di seluruh dunia. Jika orang Islam, kesalahannya ialah kencing sambil berdiri, kencing di kawasan terbuka (barangkali menghadap kiblat), dan kencing tak basuh. Nanti balik rumah entah basuh entah tidak. Kalau isteri tahu perangai suami macam ini, elok lah isteri selalu bertanyakan suaminya bila pulang ke rumah samada suaminya kencing tepi jalan atau tidak. Jika ya, suruhlah suaminya basuh dulu.....
Bagi pasangan kekasih, jika si mak we tahu yang si pak wenya kaki kencing tepi jalan, eloklah nasihatkan. Dah tahu perangai pengotor.. Atau jika berani si gadis tanya terus kepada siteruna adakah dia pernah atau biasa melakukan kencing tepi jalan... dapatlah dinilai jenis apa bakal suami itu..Takut nanti si lelaki ini memang kaki kencing (kaki kelentong).
Akhir sekali, perempuan pun ada melakukan perbuatan ini....
No comments:
Post a Comment