p/s : bagi pasangan yang sah lagi halal sahaja. Doa bersetubuh:
Kenapa perlu berdoa sebelum melakukan persetubuhan?
Ya, maksud doa tersebut ialah untuk menghindari campurtangan syaitan (atau jin) tatkala proses awal kejadian manusia.
Salah satu tujuan perkahwinan ialah mendapatkan zuriat. Zuriat pula diperolehi melalui persenyawaan sperma (si suami) dengan ovum (si isteri). Proses ini secara fitrahnya berlaku melalui persetubuhan. Adalah penting semasa proses ini berlaku, segalanya selamat, bersih lagi halal.
Sepatutnya doa ini dibaca terlebih awal sebelum ‘aktiviti secara formal’ bermula. Bukan ketika si suami atau isteri hampir orgasme. Justeru saat orgasme masing-masing sudah tidak dapat mengawal diri masing-masing. Doa mesti dibaca oleh kedua belah pihak.
Bagaimana campurtangan syaitan dan jin itu? Jika tiada perlindungan, makhluk ini mungkin mengambil kesempatan menyetubuhi si isteri sebelum si suami sempat melakukannya. Dan benih atau sperma makhluk ini terlebih dahulu memasuki rahim isteri. Makhluk ini juga berupaya memasuki tubuh si isteri dan melakukan gangguan di dalam rahim dengan memakan sperm atau fetus (janin). Terkadang berlaku juga kes haid berterusan (bleeding), tumpah darah atau keguguran.
Juga, persetubuhan itu dilakukan dengan penuh adab, kesopanan, lemah lembut, mesra dan kasih sayang. Justeru anak atau generasi yang bakal dilahirkan insyaAllah akan memiliki sahsiah yang baik, sihat, sempurna fizikal dan mental.
Nota: Akhlak anak yang buruk banyak dipengaruhi faktor persekitaran. Selain itu ada factor lain juga...
No comments:
Post a Comment