04 April 2011

dalam otak lelaki


Ada 2 lelaki berusia. Mereka tidak begitu menguasai Bahasa Inggeris. Suatu hari mereka dikehendaki mengisi borang di kaunter sebuah klinik. Arahan dalam borang tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris.   

Pada bahagian Name, kedua pak cik ini  tersenyum kerana maksud tersebut difahami lantaran seakan-akan bunyi nama.  Pada bahagian age, mereka bertanyakan kerani kaunter.
Apabila tiba pada bahagian sex, Pak Cik A kelihatan  menutup borang dengan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi menulis sesuatu pada borang.  Dia kelihatan malu-malu. Pak Cik B  tidak pula berbuat demikian.  

Apabila menyerahkan borang tersebut, kerani bertanya kepada Pak Cik A: “ Kenapa Pak Cik tulis 2 kali pada bahagian sex ni? “  Pak Cik A jawab: “ Umur Pak Cik dah dekat 60. Tak larat dah... “ (Maksudnya dia hanya mampu melakukan hubugan seks 2 kali seminggu)

Kepada Pak Cik B, kerani bertanya. “ Kenapa Pak Cik tak tulis apa-apa pada bahagian sex ni?”
“Pak Cik ada kencing manis, tak ada nafsu dah... jadi pak cik langsung tak buat pun...”



No comments:

Post a Comment