13 April 2011

Mimpi Orang Yang Telah Mati


MELIHAT KE ALAM BARZAH

Kata Al Hafiz As Sakhawi, seorang perempuan telah datang menemui Hassan Al Basri lalu menceritakan bahawa seorang anak perempuan yang amat dikasihinya telah meninggal dunia.  Perempuan ini berharap sekiranya dapat Hassan Al Basri  memberi kepadanya amalan-amalan supaya dapat ia melihat keadaan anaknya di alam barzah itu. 

Hassan Al Basri menyatakan bahawa sesudah solat Isyak hendaklah  solat empat rakaat. Selepas al Fatihah bagi setiap rakaat, hendaklah membaca  alhaa kumuttakaa sur (surah At Takasur) sehingga habis.  Setelah itu terus tidur sambil membaca salawat kepada Nabi Muhammad SAW hingga terlena dengan niat ditunjukkan akan si polan yang telah mati itu. Insya Allah akan melihatnya...

(Sumber: Kitab kuning: Dunia Hikmat.  (1961) Cetakan ke-4. Penulis Ali Zulfakar. Mukasurat 11. 

Wallahua'lam.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba amalan ini, silakan... harap dapat kongsi pengalaman...



3 comments:

  1. macam mana pulak maksud mimpi orang mati sedangkan dunia sebenar dia masih hidup??

    ReplyDelete
  2. Phyca, menarik juga tu... tapi sayang, saya bukan pentafsir mimpi.... jauh sekali seorang ahli nujum...

    ReplyDelete
  3. sya bermimpi melihat sy meninggal dunia... sy dikafankan.. serta di kebumikan.. sy boleh merasai saat sedih apabila ditinggalkan di tanah perkuburan itu.... melaung nama ibu bapa sy.. tp tiada siapa kedengaran.... smpai sy sedar air mata sy basah di bantal.. sy bersyukur mash hidup.. tp mengapa sy bermimpi sedemikian...

    ReplyDelete