Menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa dapat mencegah alzheimer
Menurut pengkaji, Ellen Bialystok, seorang profesor psikologi di York University di Toronto, mereka yang menguasai bahasa lain, mampu mencegah gejala Alzheimer selama empat hingga lima tahun lebih lama daripada orang yang hanya menguasai satu bahasa.
Sememangnya kemahiran berbahasa lebih dari satu, bukan sahaja bermanfaat pada aspek koginitif, kita juga akan dapat menguasai banyak ilmu, berkomunikasi, menonton filem, dan meningkatkan jaringan sosial dengan orang lain.
Fenomena nyanyuk pada zaman dahulu banyak berlaku di kalangan orang tua di kampung-kampung tradisional. Manakan tidak, hidup mereka biasanya menjalani rutin yang sama sahaja. Ke dapur, ke depan, ke luar rumah. Paling jauh pun, pergi surau atau masjid. Aktiviti otak tidak diaktifkan. Akhirnya neuron-neuron otak semakin banyak yang mati. Lalu nyanyuk terjadi akibat daya memori semakin lemah. Ini hanyalah tanggapan saya sahaja sebagai orang awam, bukan pakar.
Hang Tuah pernah berkata, Takkan Melayu hilang di dunia. Hang Tuah sendiri menguasai 14 bahasa. Maksud di sini untuk kelangsungan dan kemandirian speisis, Melayu mestilah menguasai lebih banyak bahasa di samping memperkasa bahasa Melayu sendiri. Dengan cara ini orang Melayu akan terus wujud. Sifirnya mudah. Apabila kita menguasai banyak bahasa, gejala Alzheimer dapat dihindari atau dilewatkan. Pada era usia emas, di mana segala pengalaman hidup sangat bernilai, adalah menjadi asset negara dan bangsa apabila kita memiliki golongan yang masih mampu berfikir dan menyumbang idea-idea yang bernas.
Lihat sahaja para professor di university. Kebanyakan usia mereka sudah lanjut, namun otak mereka terus aktif berfikir. Mereka terus menyumbang kepada dunia dan Negara. Mereka terus relevan kepada masyarakat. Bayangkan pula jika Negara kita dan di sekeliling kita dipenuhi dengan warga emas yang majoritinya nyanyuk. Ini bukan bermakna semua kita mesti menjadi professor.
Coretan.
Tahniah kepada rakan-rakan sekerja yang baru pulang dari umrah pada minggu lepas. Teringat sebuah cerita lama orang yang mengerjakan haji. Ada sekumpulan jemaah haji dari Malaysia yang tersesat jalan ketika bersiar-siar di kota Mekah. Mereka tidak berjumpa jalan pulang ke hotel. Hendak bertanya orang Arab, jemaah Malaysia ini tidak pandai berbahasa Arab. Orang Arab pula tidak pandai berbahasa Melayu atau Inggeris. Jika bercakap pun, jadilah seperti ayam bercakap dengan itik. Keadaan menjadi agak panic. Tambahan pula hari menjelang malam.
Akhirnya seorang daripada ahli jemaah Malaysia ini mendapat akal. Beliau mendekati sekumpulan orang Arab yang sedang berbual-bual. Lalu beliau berrkata;
“Ihdinas sirotol mustaqiiiimm....” (ayat 6 surah alfatihah; bermaksud : Tunjukkanlah kami jalan yang lurus)
Denga serta merta orang Arab tadi menujukkan tangannya ke arah-arah tertentu iaitu jalan pulang ke hotel.
No comments:
Post a Comment