28 September 2011

berpulang

Apa yang telah disuratkan oleh takdir, tetap berlaku.
Hari ini ayah rakan sekerja telah berpulang. sebuah bas dipenuhi pelajar pengajian Islam didatangkan untuk solat jenazah. Alhamdulillah. segala urusan dipermudahkan.



apabila dikatakan anak soleh akan mendoakan orang tuanya yang telah berpulang itu,, kita sering terbayang bahawa anak itu belum lah tua. mungkin istilah 'anak' itu menjadikan minda kita terperangkap.


 ayah rakan itu sekitar 80 tahun usianya. usia rakan ini pula lebih separuh daripada usia almarhum ayahnya itu. maka, tidak kiralah berapa usia anak itu, dia tetap berstatus anak.  Peranan anak di sini berdoa untuk orang tuanya itu. mohon keampunan, selesaikan perkara-perkara yang belum diselesaikan semasa hayat orang tuanya, buat juga kebajikan dengan meniatkan pahalanya untuk si ayah atau si ibu.

antara nya bacakanlah surah al Mulk. Hadiahkan kepada almarhum. atau surah ad Dukhaan, al Waqiah, Yaa siin, atau sebarang surah.
wallaahua'lam.





No comments:

Post a Comment