Kali ini ke Sabah lagi... Ini kali ke-3 saya ke negeri di Bawah Bayu. Pada 2005 mendaki ke puncak Kinabalu. Pada 2008 meredah hingga ke Keningau, Tenom, Beufort.(ada nada sedikit berlagak di situ hehee.. maaf.. ini biasa sahaja..)
Menarik kali ini saya berpeluang memandu kereta di bumi Sabah selama 4 hari (21 -24 Oktober 2011). Waima hanya sebuah kereta sewa (proton wira), tidak jadi masalah. Dengan sewa 90 ringgit sehari ( namun saya diminta bayar MYR270.00 sahaja), dan tuang minyak MYR90.00, pengalaman merentasi sebahagian lagi wilayah sangat mengujakan.
Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), terus ketempat menginap. Pagi esoknya bergerak ke Tamparuli, Kundasang dan Ranau. Di Ranau, ke SPA ikan, Kolam air panas Poring, Ladang Teh Sabah. Bermalam di Kundasang (22°C). Suhu tidak terlalu sejuk kerana tiada hujan. Puncak Kinabalu hanya muncul sekali sekala sahaja justeru dilitupi awan sentiasa.
Selepas sarapan di Pekan Kundasang, bergerak ke Pasar Tamu Kota Belud. Banyak hasil tani kampong yang unik. Saya sekadar membeli sebilah pisau Bajau yang memang terkenal keunikannya.
Sepanjang perjalanan di kiri kanan jalan terbentang gunung ganang yang cantik.
Kembali ke KK, bermulalah Shopping sakan. Makan malam di Sinsuran (tepi bulatan patung ikan Layaran), memang enak. Menu ikan bakar, dan rumpai laut begitu menyelerakan.
Pagi esoknya sempat lagi shopping minit terakhir...
Begitu cantik negeri Sabah. Tidak puas merayau rasanya. Pada masa akan datang jika ada peluang, ingin pula saya ke Pantai Timur seperti Tawau, Sandakan dan pulau-pulau seperti Pulau Mabol, Bum Bum, Manukan.. Atau jika saya ditukarkan berkhidmat di sini.... rasanya rela....
Terima kasih kepada Pak Hairi, Zaim, Mokhtar dan semua ahli rombongan...
No comments:
Post a Comment