Bila generasi X dan Y sibuk membaca skrin, barangkali pesta buku bukanlah suatu program yang bijak untuk diadakan. Sebaiknya diadakan pesta gajet.
3 Mei 2012, PWTC. Tidak sempat mengunjungi kesemua 790 gerai buku di ketiga-tiga lantai. Leka berada di sesuatu kiosk. Pengunjung pun sudah mencapai 0.8 juta sehingga hari itu. Sedangkan berada di MPH sahaja, sudah cukup menenggelamkan. Inikan pula sebuah Pesta Buku Antarabangsa.
Ternyata buku masih relevan, masih diminati dan akan terus berhasil menjana minda dan keuntungan. Syabas rakyat Malaysia!
Adakah sama orang yang membaca dengan orang yang tidak membaca?
'Katakan kepadaku, buku apa yang kamu baca, akan kuberitahu siapa kamu!'
Bangsa bermaruah, bangsa yang membaca.
p/s tidak ketemu Ramlee Awang Mursyid. Gerai Karangkraf menguasai lantai bawah. Hanya dapat tandatangan Aina Emir di Novel Pukul 3.00pagi.

kiosk = gerai. oleh itu penjodoh b ilangan yang sesuai ialah sebuah, bukan sesuatu. Maaf.
ReplyDeleteRamlee Awang Murshid memang best!
ReplyDeletehehe saya sedang menjana minat membaca encik ;D