Saya dan Jamil ditinggalkan oleh yang lain. Mereka dah keluar awal dari hotel untuk mencari sarapan. Sarapan di hotel memang ada. Cuma roti dan kopi. Kami minta gadis kaunter- nickname nya Candy Love- memanggil teksi.
Perkara biasa di HCM City, pemandu teksi tak pandai cakap
Bahasa Inggeris. Sebelum ke HCMC, saya ada baca suatu blog menceritakan hal
ini. Ternyata benar, teksi akan membawa kita ke tempat yang salah. Saya dan Jamil terpinga-pinga diturunkan di
suatu lorong. Tiada kedai makan halal di situ. Kami meninjau-ninjau. Yang ada
gerai-gerai kecil bangku plastik di kaki lima. Menunya daging babi masak sup
atau kukus bersama mee celup.
Kami disapa oleh penunggang beca. Beliau boleh berbahasa
Inggeris dengan baik. Mulanya kami naik berdua beca tersebut. Berat pula. Dia panggil
rakannya seorang lagi. Kami dibawa
keliling bandar HCMC. Dari District 1 hingga District 5. HCMC ada 24 District.
12 District dinomborkan, 12 lagi diberi nama.
Tukang beca ini gila-gila. Beca boleh meredah round about
dengan selamba. Dikelilingi ratusan motosikal, selamba saja melepasi setiap
simpang. Saya membayangkan kemalangan boleh berlaku pada setiap detik. Dia kata
“ No ploblem”. Sekali itu kami dimarahi
oleh seorang tua menaiki basikal kerana beca ini memasuki arah bertentangan.
Hanya orang tua itu memarahi kami. Penungang moto yang lain buat tak tahu
sahaja. Kata tukang beca mereka tak
kisah jika kesalahan itu berkaitan pelancong.
Difahamkan penunggang moto dan
dan pemandu kereta sangat berhati-hati agar tidak terlanggar orang lain. Denda
yang dikenakan sangat tinggi, Hingga menjejaskan beberapa bulan pendapatan
mereka. Lagipun kelajuan kenderaan di
HCMC anggaran 30-40km sejam sahaja. Kepuasan membawa kenderaan memang tiada...
Tiada tempat parking kereta di sepanjang jalan. Moto juga
diparking betul-betul di muka pintu kedai atau terus ke dalam kedai. Jalanraya
juga sangat sempit. Simpang-simpang agak mengelirukan. Lampu isyarat boleh
dikira wujudnya. Ada simpang yang macam bentuk X, tiada lampu isyarat.
Anjing juga tiada kelihatan. Tak macam Malaysia. Difahamkan
orang Vietnam (bukan Islam) makan anjing. Lagipun kos memelihara anjing dan
harga makanan anjing sangat mahal. Orang Vietnam bangsa survival. Mereka telah
menempuh peperangan yang sangat lama. Mereka tidak mahu kembali ke zaman
menderita. Setiap orang gigih membangunkan ekonomi keluarga. Wang mesti disimpan. Vietnam sedang bangkit. Walau
politik masih komunis, ekonomi sudah pasaran terbuka.
Saya dan Jamil dibawa ke masjid kedua terbesar di Saigon. Di
sini kami sarapan (dalam pukul 11.00 pagi) menu nasi goreng kampung. Mata kata
Malaysia. Lidah kata Vietnam. Selepas
itu singgah di kedai jeans. Jeans
kualiti no 2 harga murah, Levis 501, CK,
harga dalam RM50.00. Macam biasa duit Malaysia diterima. Tapi kami ingin
menghabiskan Dong yang masih tebal.
Singgah pula di lorong gitar. Di sini ada lebih kurang 8
kedai menjual dan membuat gitar. Gitar akaustik dan elektrik. Kualitinya boleh
tahan. Tiada brand. Saya mencuba sebuah gitar elektrik. Design ala-ala Fender . Ada juga yang seperti
Ibanez. Tapi harga agak mahal. Jamil hampir membeli. Tapi bila memikirkan berat
beg dan barang akan bertambah dan kena surcaj di airport nanti, tak jadi.
Seterusnya kami ke pasar Bin Thaiy. Yang ini lebih murah
berbanding Ben Thai. 2 jam dalam pasar ini. Beli baju dan kain untuk Hari Raya.
Memang banyak pilihan. Sekali lagi kami hanya memilih ikut citarasa lelaki..
habis dalam RM400.00.
Pukul 4 .00 petang. Pengayuh beca masih menunggu di luar
pasar. Menghantar kami hingga ke hotel. Rakan-rakan yang lain hanya tertumpu di
Ben Thai.
Malam turun lagi ke pasar malam. Pasar malamnya tidaklah
besar mana. Menjual t shirt,
cenderamata, baju kurung Pahang, kopi Vietnam, buah-buahan. Harga ditawar
sehingga separuh. Jika tak mahu boleh bergerak ke gerai lain. Biasanya penjual
akan kejar kita semula dengan harga tersebut.
Seronoknya ramai pelancong Malaysia di pasar malam ni. Dah macam kat
Malaysia. Bila ada gerai yang beri harga
murah, maka gerai itu dikerumuni orang Malaysia yang asalnya buat tak tahu,
segera meluru ke gerai tersebut. Penjual berbangsa Melayu Champa lebih
diminati. sebab senang komunikasi. Rata-rata penjual adalah perempuan. Ada yang
jual pashmina tapi pakai seluar pendek, mempromosi
tudung dan telekung. Canggung... Bagaimana mereka boleh jual telekung dan baju
kurung? Orang Vietnam tidak pakai itu semua...
Dalam perjalanan balik ke hotel, singgah di restoran Haji
Bashiroh.. air limau menghilangkan dahaga...
boleh bagi tips dok hotel di mana?
ReplyDeleteberapa belanja flight+hotel kesemuanya?
Boleh bagi no contack pemandu pelancong tul. Berapa bayaran yang kena bayar tu .. boleh email pada saya RafidahAH@tnb.com.my. tq
ReplyDeleteMaaf kpd yg komen.. saya reply labat sikit...agak sibuk...hehe..
ReplyDeleteini no mansour >> Mohd Mansour Ad. Halim +841657547258 atau fb Mohd Mansour Halim
hepy holidayz...
-Fazli Mohd Bazin