22 June 2012

Ho Chi Minh Hari 3 : 13 Jun 2012



Pagi-pagi lagi Mansour sudah tiba di hotel. Seorang anak muda Melayu Champa baru tamat universiti, 24 tahun. Major dalam pengajian bahasa, menumpu kepada bisnes tekstil, budaya dan pelancongan. Kami terjumpa beliau di pasar malam tatkala beliau menghantar stok baju sulaman ke gerai. Beliau akan membawa kami menjelajah ke sekitar delta Mekong. 70km dari HCMC. 

Kami semua muat dalam teksi Toyota Innova. Teksi nama Vinasun warna putih hijau model Innova lebih murah dan pakai meter. Teksi sedan  lebih mahal. Dalam perjalanan, singgah di tempat membuat hiasan dinding dari kulit telur. Malangnya sesi rehat. Tidak dibenarkan masuk.

Terus ke Mekong. Melalui highway. Kelajuan dalam 60km sahaja. 1 jam lebih perjalanan. Sampai di jeti, banyak bot disediakan. Lebih selamat jika kita ada pemandu pelancong. Jika tidak, kos   perkhidmatan akan berlipat ganda. Me bermaksud ibu, Kong bermaksud sungai. Sungai Mekong melintasi 4 buah negara- Laos, Kemboja, Thailand dan bermuara di Vietnam. 

Singgah di pulau madu lebah. Menariknya, sarang lebah ada di sebelah meja kita. Dan kita diberi peluang menikmati madu terus dari sarang ini. Lebah-lebah juga berterbangan di mulut cawan dan botol madu.. Royal Jelly dan pollen juga dijual. Di sebelah pula ada gerai jual beg. Jahitan sendiri. Penggemar barangan kulit seperti kami seakan kena magnet. Beg kulit lembu beli lima percuma satu.  Sempat juga dibelai ular sawa di tengkuk sambil bergambar..



Bergerak pula ke gerai nyanyian tradisional. Sambil dihidang buah-buahan, kita didendangkan lagu-lagu trardisional diiringi gitar, er hu, dizi dan tamborin. Menurut Mansour, liriknya berkisar tentang ketabahan orang Vietnam Selatan dan keindahan alam.  Penyanyinya dimulai oleh wanita solo 30an, suara soprano,  kanak-kanak perempuan, solo lelaki dan berkumpulan 4 orang.  Kami agak teruja bila mereka menyanyikan lagu Si Jantung Hati (sebuah lagu Indonesia).Namun hanya dua baris pertama lirik  yang difahami. Tidak menghairankan lagu itu dipilih. Tune nya adalah slendro atau pentatonik yang mendominasi lagu-lagu indo (indo-China dan Indo-nesia – kecuali gamelan Jawa dan Jaipong guna skel Pelog... haha agak ilmiah di situ).



Seterusnya kami dibawa ke jeti lain. Naik sampan menyelusuri anak sungai di celahan delta. Di kiri kanan tebing dipenuhi pokok nipah. Teringat filem Nang Nak. Pengayuh adalah suami isteri, seorang kayuh di haluan, seorang di kemudi. Sampai di suatu selekoh sungai, si isteri dengan bangganya menunjukkan kepada kami rumahnya. Rumah itu sangat-sangat sederhana. Kami difahamkan penghuni tanah delta  ini asalnya makmur. Perang Vietkong  telah memiskinkan mereka. Saya memandang tangannya yang menguak  pendayung itu sama seperti tangan si penoreh getah  kalau di Malaysia. Penoreh getah di Malaysia ternyata lebih  berhasil.



Sepanjang 1 km menghilir, banyak perahu lain hilir mudik. sampai semula di sungai Mekong. Bergerak pula ke pulau lain. Ada industri kecil membuat gula-gula kelapa. Pembuatan dan pembungkusannya secara konvensional. Kebersihan dijaga. Harga juga murah.  Terus pula ke tempat menaiki kereta kuda. Empat penumpang bagi setiap kereta kuda. Kami diberitahu oleh Mansour agar dapat memberi 1000 Dong seorang  atau lebih kepada si pembawa kereta kuda ini, seorang ibu. Jika itu sahaja bayarannya, alangkah rendahnya...  



Kembali ke bot.  Sambil minum air kelapa, menuju ke jeti. Kembali ke tanah besar.  Singgah makan tengahari di masjid Champa. Masjid ini diuruskan oleh sebuah keluarga Champa sejak 1975. Tiada Muslim lain di daerah itu. Keluarga ini menguruskan katering bagi pelancong yang datang melalui pakej.  Menunya sedap, terutama tom yam vietnam. Ikan patin masak nanas.  Selesai makan, solat jamak zohor dan asar. 



Kembali ke bandar HCMC. Ke lorong kain. Sepanjang lorong ini semua kedai menjual kain ela. Memang banyak pilihan. Ustaz Jamal membeli begitu banyak.  

Kembali ke hotel.  Malam last shopping ke pasar malam. Seronok berbual dengan gadis-gadis penjual di situ. Peramah dan melayan.  Kami seringkali didekati oleh ‘orang tengah’ yang menanya adakah berminat degan khidmat urut, seks dan karaoke bersama perempuan tempatan.  Kami menolak dengan baik. Perkara biasa kita akan ditanya oleh si penunggang motosikal atau pemandu teksi berkaitan khidmat ini terutama sebelah malam. Gadis penjual di pasar malam juga memiliki nombor teksi, atau broker yang akan membawa pelancong ke tempat-tempat kelam tersebut, jika berminat.

Kembali ke hotel. Mengemas beg. Esok mesti sampai awal di lapangan terbang antarabangsa  Saigon Selatan. Jika kembali ke Ho Chi Minh di lain masa, boleh la ke terowong Chu Chi..



4 comments:

  1. slm..sy perlukn contact no mansor tu..sy d hcm skarang.hrp cik dpt bg no dia..boleh trus komen d blog sy www.penbiru.com...tq

    ReplyDelete
  2. Boleh saya dapatkan no mansor tu? Saya akan ke HCM disember ni. kalau tak keberatan sms number mansor itu di number saya 0172389243. Terima kasih encik

    ReplyDelete
  3. assalam tuan. boleh email kpd saya contact number mansor tu? latifi98@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. kepada yg respon, terima kasih diucapkan.

    ini no mansour.. Mohd Mansour Ad. Halim +841657547258 atau facebook Mohd Mansour Halim . Bercermin mata.

    ReplyDelete