Agak terlewat menulis perihal
ini. Cuti sekolah seminggu. 25 Mac 2013,
kami ke Kuching. Parking kereta di area
RM16 sehari di LCCT. Tiba di Lapanganterbang Antarabangsa Kuching (KIA) pukul
12.00 tengahari. Kami semua 3 keluarga. 9 dewasa 5 kanak-kanak.
Encik Mustafa, pensyarah di IPG
Batu Lintang ada menunggu. Encik Mustafa bapa angkat kepada
Kamal. Kamal dan Noriza sama-sama belajar di IPGBL pada tahun-tahun 1992-1994. Dia
tolong menguruskan penginapan dan pengangkutan kami di Kuching.
Kami asalnya
merancang menyewa 2-3 buah kereta biasa untuk pergerakan semasa di Kuching.
Bajet dikumpul untuk kenderaan RM150 sehari bagi setiap keluarga / kereta. Namun yang dapat disediakan oleh Encik
Mustafa ialah sebuah van Toyota Hi-ace. Encik Fauzi pemilik van menyusun dengan
kemas beg-beg kami. Alhamdulillah, muat beg dan 14 orang. Sewanya hanyalah
RM280.00 sehari sahaja. Biasanya RM320.00 kata En Fauzi.
Tanpa diduga keluarga angkat Noriza datang
menjemput kami di KIA. Perancangan asal tiada. Kamipun bergerak ke Kampung Gedung di daerah Simunjan, 80km dari
Kuching. (Ini betul-betul lari dari plan).
Tetapi makan tengahari di rumah keluarga angkat ini sangat menyelerakan. Dengan lauk udang masak
asam campur terung, ikan haruan bakar, cencaluk buatan sendiri, ikan terubuk
goreng, ulam ubi kucai, perghh…. Memang berbaloi.
Hari pertama ini kami cuma isi minyak kereta RM50.00. Selesai solat, kembali semula
ke Kuching. Kamal cekap memilih jalan. Kuching tempat dia belajar dulu-dulu.
Pukul 5.00 sampai di waterfront.
Hari sudah agak senja. Tak banyak dapat dibuat. Hanya menikmati view di pinggir dan seberang tebing.
Betul-betul di seberang sana letaknya Astana.
Tuan rumah homestay sampai. Encik
Kamarulzaman. Juga pensyarah di IPGBL. Kami dibawa ke Taman Matang Jaya, 7km
dari Kuching. Rumahnya di tingkat
1, di bawah KFC 24jam. Bayaran homestay
ini hanya RM80 satu malam. Kami bayar RM160
dua malam. 3 bilik 2 bilik air.
Tapi satu bilik tak dapat diguna. Ada barang. Mungkin itu sebab harganya murah.
Encik Kamarul bagi ekstra tilam dan bantal. Ada yang tidur di ruang tamu. Tak
ada masalah. 1 bilik ada aircond.
Menariknya rumah ini guna pintu magnet. Auto-lock.
Malam, kami makan di Ket’s
Kitchen tak jauh dari homestay. Sebelah bank Rakyat, Matang Jaya. Di sini ramai
pengunjung dari semenanjung. Konsepnya banyak gerai dalam sebuah restoran. Mee
kolok, laksa Sarawak, wajib dicuba. Alang-alang nak makan, mintalah yang special, baru terangkat!!. Misalnya laksa Sarawak, yang special adai 5-6
ekor udang. Selesai makan, kami sudah keletihan, mengantuk. Balik ke
homestay. Tidur.
Wah....bercuti di kuching...singgah restoren tok janggut..nasi briyani kt situ mmg terbaik.
ReplyDeleteNasuha, kat mana restoran tok janggut...? x perasan pula..
ReplyDeleteMungkin lain kali datng semula, boleh cari... terima kasih bagi komen..
Murahnya homestay tu...ada no contact dia tak..saya selalu tidur bila turun kuching kena bayar rm150 semlm...tak ada pilihan ambil juga lah. rupanya ada lagi murah. tambah rm10 lagi blh dapat 2 malam. if dapat kasi no contact tuan homestay ada kfc tu tlg hubungi saya di http://www.wadahberbicara.my/ ye..tqvm...
ReplyDeletebanyak pilihan guesthouse d Matang tu.... :)
ReplyDeleteencik..mintak no phone homestay tu. kathycumel@gmail.com.
ReplyDeleteTerima kasih
En boleh minta no tel homstay rm80 tu x..tq...sahid74@gmail.com
ReplyDelete