Ramadhan 20 hari ini. Semakin menghujung Ramadhan, semakin menyayu hati.
Biasa dikatakan orang, entah dapat atau tidak kita bertemu Ramadhan pada
tahun hadapan. Yup! Tiada seorang pasti
apa akan terjadi esok.
Sepanjang 20 hari ini beberapa berita kepulangan diterima.
Pulangnya mereka ke rahmatullah. Saat
pintu Jannah terbuka dan pintu Jahannam ditutup. Ketika ingatan ini mengembara dan melayang, lalu
melayah turun ke wilayah peristiwa
berpulangnya orang-orang.
Sekali peristiwa, seorang murid lelaki tahun 4, Jedi namanya,
mengajak kawannya mandi sungai usai
pulang dari sekolah. Pada petang Ramadhan itu kawannya keberatan. Jedi
mendesak. Katanya jika kawannya itu enggan, maka mereka akan putus kawan
mulai hari itu.
Maka pergilah mereka ke tebing sungai Pahang. Di saat ahli keluarga lain berehat di rumah,
Jedi berlari dan terus terjun ke sungai. Dengan sekali terjun, dia tidak
timbul-timbul lagi. Kawannya hanya sempat menyaksikan
jari telunjuk Jedi yang tiba-tiba kelihatan dituding ke atas di permukaan air. Selepas itu
Jedi hanyalah sebuah sejarah. Itulah
sebuah kisah berpulang di bulan Ramadhan. Ayah dan ibunya hanya dapat berdoa agar berjumpa lagi
anaknya itu di syurga kelak.
Apa yang mengharukan ialah pada pagi hari kejadian, Jedi telah membuat persembahan bersama rakannya di
perhimpunan sekolah. Mereka menyanyikan lagu Aris Ariwatan…1,2,3,4
Satu..kasih yg abadi
tiada tandingi Dia Yang Satu (Ini seolah memberitahu Jedi akan bertemu Tuhan sebentar lagi)
Dua..sayang berpanjangan, membawa ke syurga kasihnya
ibu ( dia tahu ibuya sayang sentiasa
kepadanya namun dia akan meninggalkan
ibunya… dan menunggu ibu di syurga)
Tiga..lapar dan dahaga, rela berpayahan setianya ayah
(selamat tinggal ayah)
Dan lagu ini diakhiri dengan
baris…Hidup ini sementara…
Semoga Ramadhan ini menambahbaik diri dari hari ke hari …amin
Ya Allah.
alahai jedi.....
ReplyDeletehidup biar macam buku. biar sikit, asal bagus untuk semua orang.