Ini catatan yang tertinggal.
8 FEB. 2013. 15.45pm.
Kami tiba di JB. Check in di sebuah hotel bajet. T-Hotel, Jalan Wong Ah Fook. Menaiki bas menuju Singapura. Selesai urusan di Imigresen di Woodland, kami menuju ke Robinson Road, dengar taklimat di Tourism Malaysia.
Masa berbaki kami dibawa oleh Encik Nazeri, pegawai Tourism
ke tempat shopping yang popular bagi orang Malaysia katanya, iaitu Mustafa
Store. Lebih kurang macam Mydin atau Super Cowboy. Encik Nazeri orang Malaysia, kahwin orang
Singapura. Beliau bercerita serba sedikit tentang kos sara hidup yang sangat
tinggi di Singapura. Kos memiliki rumah
sendiri, kenderaan dan keperluan rumahtangga.
Selain itu Singapura ialah ‘fine city’. Di mana-mana sahaja anda berpotensi didenda. Kayuh basikal di tempat
yang salah, kencing di tempat awam, makan chewing gum, merokok, memiliki bunga
api, tidak flush tandas, memetik bunga, berludah, bagi makan burung.
Malam itu kami balik semula ke JB. Tidur di hotel T.
Sepatutnya tidur awal. Rehat. Esok nak kayuh. Tapi tak juga. Pergi pekena sup
torpedo di jalan belakang. Kareem suka sangat sup kambing. Hingga pukul 12.00
malam lepak sampai gerai tutup. Kami
lepak pula di depan hotel. Ada sekumpulan pelacur berkulit hitam di hujung blok
yang aktif mencari pelanggan. Sekali sekala mereka lalu juga di hadapan kami.
Pagi 9 Feb.2013. Seawal 6.30
pagi kami sudah bersedia flagg off. Selepas pelepasan oleh pegawai pelancongan Johor,
kami kayuh menuju ke Tambak Johor. Berhenti sebentar di atas tambak menunggu
pasukan media. Diteruskan ke Woodland, masuk pusat bandar. Bergabung pula
dengan kelab berbasikal remaja Singapura.
Sepanjang kayuhan di Singapura, melaui jalan-jalan yang
tidak begitu sibuk Sebab hari cuti. Namun kayuhan tersekat-sekat kerana banyak
sangat lampu isyarat. Tak seronok sangat
jika mengayuh road bike. Kerjasama
pemandu-pemandu adalah baik. Mungkin
sudah disiplin atau takut didenda kerana undang-undang menetapkan jarak kereta
dengan pengayuh basikal ialah 1.5m.
Sampai di Pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sudah agak
tengahari. Ada disediakan jamuan.
Dikiuti acara rasmi ucapan, penyampaian sijil dan bergambar.
Cuaca redup. Ada di antara kami yang ingin menaikkan basikal ke dalam lori sahaja
dan balik ke JB menaiki bas. Yang lain pula sanggup mengayuh semula ke JB. Hujan
sudah mula turun. Ada 5 orang yang
berkayuh dalam hujan. Yang lain naik bas.
Bagaimanapun dalam 4 km sebelum sampai tambak kami turun dari bas dan
ambil semula basikal dalam lori yang menunggu di hadapan. Kena kayuh juga.
Walau dalam hujan. Ini kerana prosedur asal kami masuk dengan berkayuh dan
keluar dengan berkayuh juga. Maka basah
kuyup kami berkayuh balik ke JB. Passport dan dokumen telah dibugkus dalam
plastik. Bayangkan, semasa melepasi kaunter imigresen kami tunjukkan passport tanpa turun pun dari
basikal.
Dalam pukul 4.00 petang sampai di kawasan bebas cukai
di Johor Baharu. Di sini kami menaikkan
semula basikal ke dalam lori. Shopping ala kadar. Naik bas balik ke Pahang.
Pada 3 MAc 2013 laporan berkaitan kayuhan ini keluar dalam HArian Metro dua mukasurat penuh. Ini satu misi keamanan dan sumbangan kepada negara dan dunia.
No comments:
Post a Comment