Lebih kurang 7 bulan saya tidak update blog ini.
Tak tahu kenapa. Boleh jadi sibuk, motivasi merudum atau sudah lelah.
Beberapa minggu pulang dari Jepun, telefon Samsung Note 1 saya rosak. Tidak dapat dibaiki langsung. Segala catatan dan data2 di dalamnya terus lupus. Termasuk catatan ketika melawat Jepun. Dalam tempoh tersebut juga saya tidak sempat memuatnaik ke blog. Hanya sedikit catatan berikut yang ada.
25 nov 2013 Mon.
Dari Asakusa, naik keretapi ke Ueno. Kemudian terus ke
Ikebukuro, langsung ke Tobu Netima. Kami dah tahu cara beli tiket di
kiosk. Pastikan dulu jumlah tambang.
Masukkan duit secukupnya, atau lebih pun tak apa. Walaupun dimasukkan wang
kertas 10 ribu Yen, mesin akan keluarkan baki dengan tepat sehingga duit sen
yang paling kecil sekalipun.
Sampai di University Daito Bunka. Ini universiti di mana Dr.
Rozi belajar ketika ambil ijazah pertama dahulu. Sebelumnya kena naik bas university dari blok pertama ke kampus utama bersama mahasiswa. Kami
meninjau-ninjau dan bergambar. Sementara menunggu Dr Rozi uruskan aturcara,
kami solat dulu di bilik mesyuarat yang dibenarkan oleh kakitangan di
sini. Kemudian ikuti aturcara lawatan ke
perpustakaan dan taklimat oleh Profesor Nakamichi. Suatu program pengantarabangsaan dibincang.
Kami lihat pekerja am seperti penjaga parkir bas di Jepun
sangat komited dengan kerja mereka. Mereka sangat serius menjalankan tugas.
Walaupun kerja tersebut nampak remeh. Mereka bekerja penuh etika.
Di setiap stesen keretapi, kita dapat lihat ramai orang
berjalan dengan cepat. Ada yang berlari. Bahkan terjatuh di tangga. Adalah
biasa ketika menaiki eskalator, kita perlu berdiri di sebelah bahagian sahaja.
Ini kerana akan ada orang yang berjalan cepat di ruang sebelah yang kita
kosongkan itu. Ya, walaupun sedang menaiki eskalator, mereka masih ingin
berlari juga. !
Di dalam keretapi pula, mereka gunakan masa untuk membaca
buku, bermain game di telefon pintar atau tidur. Mereka boleh membaca buku sambil
berdiri tanpa memegang apa-apa. Berdiri dalam keretapi juga perkara biasa.
keretapi sentiasa penuh. Kami sendiri hanya dapat duduk beberapa kali
sahaja. Pernah juga kami duduk di
lantai, tetapi dimarahi oleh pemandu. Itupun disebabkan kami duduk di gerabak
sebelah pemandu. Menariknya, tempat duduk ini ada pemanas di bawah kusyennya.
Jadi bila kita duduk terasa suam. Membuat panggilan telefon juga tidak
dibenarkan di dalam keretapi.
Orang Jepun sangat suka dan ingin menolong, tetapi masalah
bahasa menjadi penghalang. Mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Jika kita
boleh berbahasa Jepun, alangkah bagusnya. Bahasa Inggeris hanya diajar pada
peringkat sekolah menengah.
Apa yang kami perhatikan, tidak pernah kelihatan orang Jepun
makan sambil berdiri atau berjalan. Tak pernah juga melihat mereka membawa
makanan di tangan. Mungkin sebab itu tidak ada tong sampah disediakan di
mana-mana. Tong sampah boleh didapati di tandas awam sahaja.
Keluar dari University Daito Bunka, kami singgah di sebuah
restoran. Tak tahu nama. Makan tempura. Sedap. Jalan kaki pula ke Kedai 100
Yen. Semua barang harga 100 Yen. Seperti kedai RM2.00 di Malaysia. Bezanya di
sini semua barangan Jepun. Saya beli 3 mangkuk Jepun.
Seterusnya kami naik keretapi pula ke Akihabara. Bandar elektrik.
Terdapat dua blok utama di sini yang menjual barangan elektronik dan game.
Seperti Plaza low Yatt, tapi di sini lagi besar.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)