Perancangan 6 bulan yang lalu. Sudah beberapa kali Dr. Rozi
Sensei menghantar mesej. Buat persediaan. Yang paling penting, passport,
pesannya. Kerajaan Jepun telah memansuhkan Visa kepada pelawat daripada Malaysia
mulai tahun 2013. Apa yang perlu dibuat ialah gantikan passport lama
dengan passport yang ada kalikarbonat.
Iaitu tanda seakan cip di muka hadapan sebelah bawah.
Entah mengapa saya tak pernah respon mesej
Dr. Rozi ini. Sibuk kerja, konon. Lagipun saya yakin passport saya masih baru, tiada
masalah, lagipun akan tamat pada Jun
2015.
Oh ya, 5 minggu sebelumnya, saya menemani isteri ke pejabat Imigresen Raub
untuk membuat passportnya, sebab kami nak bercuti ke Chiang Mai pada 24
Oktober. Saya sempat bertanya pegawai
kaunter tentang passport ke Jepun.Tapi saya tidak bawa passport pada masa itu.
Sekadar bertanya sahaja. Pegawai
tersebut kata, tiada masalah. Boleh
pakai yang sedia ada. Tapi kalau nak sambung atau renew, lagi baik, katanya.
Ok. fine.
Ada sedikit bimbang juga di hati. Saya nyatakan bimbang ini kepada Mazdaruddin dan Mail. Mazdaruddin
sempat pergi ke pejabat Imigresen pada 11 Nov dengan membawa passport saya. Rumahnya
di Raub. Katanya, pegawai kaunter kata tiada masalah. Untuk puaskan hati, saya,
Mazdaruddin dan Mail pergi ke pejabat Imigresen Raub esoknya, 12 Nov 2013. Kami bertanya pegawai yang lebih
kanan. Jawapannya masih sama. Tiada surat pekelilng diterima pejabat itu
setakat ini. Tiada hitam putih. Pegawai itu siap membandingkan passport terbaru
dengan passport saya yang tidak berapa baharu. Bezanya ialah passport baru ada helaian
plastik keras di bahagian dalam. Kami pun pulang dengan yakin.
Nak terbang 23 Nov 2013 (Sabtu), pukul 2.05pm. Pada
22 Nov (Jumaat), pukul 2.30 petang, saya buat panggilan kepada Dr. Rozi. Suara
kurang jelas. Katanya dia baru sampai dari Kota Kinabalu. Masih di airport. Nanti
dia call balik. Saya nak bertanya tentang passport tersebut. Huh! Esok nak
pergi, petang ni baru nak tanya? Dah pukul 2.30 pulak tu! Lagipun saya berada
jauh dari rumah, tanpa passport. Kalau Dr. Rozi kata, kena buat yang lain,
sah-sah saya tak sempat patah balik ke rumah, ambil passport dan pergi semula
ke Raub, ke pejabat Imigresen. Masa untuk perjalanan itu paling cepat pun 2
jam. Dan, bila saya sampai di pejabat Imigresen Raub, kaunter pasti telah
ditutup.
Baik. Tenangkan hati. Tunggu sahaja Dr. Rozi call balik.
Saya pun meneruskan acara. Pergi buat medical check up di hospital Raub. Ini
untuk projek Peace World Ride Tour di Manila pada 24 Mac 2014 nanti. Kerajaan
Filipina syaratkan peserta mesti melalui pemeriksaan kesihatan. Selepas itu
saya pergi pula ke rumah Kareem. Menziarah anaknya yang kurang sihat. Sekonyong-konyong jam sudah pukul 7.00 malam.
Baru nak balik rumah. Bateri handset habis pula.. Sampai di rumah, tak on pula handset. Cas
bateri dan power bank saja. Terlupa pula Dr. Rozi nak call. Packing ala kadar, back packers aje. Tidur...
23 NOV 2013
Pagi-pagi lagi dah gerak bersama Mail ke Raub. Mazda tunggu
di sana. Sampai Gombak, singgah minum dulu. Kami dijangka sampai di LCCT pukul
10.30. Bertemu semua peserta rombongan di hadapan McD. Selesai minum, Saya yang
memandu, bercadang ambil laluan MRR2 terus masuk Bangi, Nilai dan Sepang. Tapi
Mail kata ikut Lebuhraya Putra Jaya lagi cepat. Kami pun membelok. Borak punya
borak, simpang ke Sepang terlepas. Akhirnya jalan terus masuk Nilai balik. Masa
sudah lari 40 minit.
Sampai di LCCT
hampir 11.30 pagi. Call Dr. Rozi katanya dia tunggu di bahagian Ketibaan
Antarabangsa. Huh? Buat apa tunggu kat situ? Tunggu siapa yang tiba dari luar
negara? Kami pun bergegas ke situ. Dalam 5 minit tak jumpa, call Dr. Rozi
balik. Dia kata tersilap, dia tunggu di Pelepasan Antarabangsa. Kami bergegas
pula ke situ.
Setelah bersalam lebih kurang dengan rakan-rakan yang lain,
Dr Rozi minta nak tengok passport kami bertiga. Passport Mazda, ok.Passport
Mail, ok. Sebab diorang berdua ni baru sahaja pergi Mekah. Tiba passport aku,
haaaaah...!!!! Hampir terduduk Dr. Rozi. Liiiii...! Passport ni bukan kalikarbonat!!!
Tak lepas ni..! Dr. Rozi menggeleng
kepala bercampur sedih yang amat. Dia kata saya tak boleh pergi ke Jepun. Saya
terpaksa tinggal. Dia kata dia dah mesej banyak kali. Saya diam. Salah saya.
Malam tadi dia call pun tak dapat. Salah saya lagi. Dia janji akan bawa saya semula ke Jepun bulan
Mac 2014 nanti. FOC.
Apa nak buat....? Kami pun cuba bertanya kaunter check in. Kata pegawai tersebut,
boleh cuba pergi ke Presint 14 Putra Jaya untuk buat passport baru. Waktu sekarang pukul 11.30. Flight 2.05pm.
Last confirm check in 1 jam sebelum
terbang, iaitu 1.05pm. Boarding time setengah jam sebelum terbang. Gate tutup 1.40pm. Gila!! Kami pun tak tahu
kat mana Presint 14.? Nanti nak cari
pejabat buat passport tu pula. Pegawai tersebut memberi kami alamat pejabat
passport tersebut. Mail, Mazda dan Nazri
sanggup menemani saya. Opps! Bukankah hari ini hari Sabtu? Pejabat passport
bukakah? Kata pegawai check in, buka
tapi separuh hari sahaja. Wow!!! Sempatkah?
Kami sepakat naik teksi sahaja. Kalau bawa kereta sendiri, lagi
lambat jadinya. Teksi airport mesti
tunggu giliran dulu, ambil kupon. Kami kata nak cepat sangat. Pemandu teksi
kata kalau nak cepat bayar RM64.00. Ok, deal.
Walaupun ada GPS, nampanya pemandu teksi inipun tak biasa dengan jalan
di Putra Jaya. Dalam masa 45 minit
akhirnya kami sampai di Persiaran Diplomatik, Presint 14. Sampai sahaja di bangunan tersebut, kami
tercari-cari pejabatnya. Tersilap masuk lif pula. Pejabatnya di aras bawah
sahaja. Tak perlu lif pun. Meluru saya
ke kaunter. Masih ada pelanggan menunggu. Kata petugas, kaunter, nombor giliran
dah habis. Jadi saya tak dapat dilayan. Saya kata, tolonglah, Flight saya pukul
2.00pm. Dia kata dia cuba tolong. Dia minta bukti tiket. Saya kat tak ada,
sebab saya belum check in. Saya tak dapat check in sebab passport saya bukan
kalikarbonat. Habis tiada bukti?
Nasib baik Mail ada bawa tiket (boarding pass), Tunjukkan sebagai bukti. Pegawai tersebut tengok, ok. Ada bawa gambar? Hah?
Mana ada? Tiada gambar tak boleh proses. Cuba encik pergi ke kedai gambar di
hujung blok ni. Tapi saya rasa mungkin dah tutup sebab dah 12.00 lebih ni. (Jangan cakap macam tu, biar saya pergi
tengok dulu...)
Saya pun berlari ke kedai gambar tersebut. Fuh! Masih buka.
Tolong cepat sikit! Dengan rambut berserabut, saya setuju aja pic tersebut.
Bayar RM10.00, lari semula ke pejabat passport. Serah passport asal dan gambar.
Pelanggan lain semua dah tiada. Tunggu.... dalam 20 minit siap. Bayar RM300.00.
Tarikh tamat dilanjutkan 2019. Prosesnya
agak cepat sebab perbaharui sahaja, bukan buat yang baharu. Kalau baharu, prosesnya 1 jam.
Keluar ke jalan. Saya telefon teksi. 15 minit akan sampai.
Sekarang sudah hampir 12.30! Ok. sanggup tunggu juga. Kat sini memang sukar nak
dapat teksi. Rupanya Mail pun telefon teksi yang lain. Akhirnya kedua-dua teksi
sampai serentak. Kami pilih teksi yang Mail telefon. Operator yang saya call
teksi tadi marah-marah kat saya. Saya hanya mampu minta maaf. Tahan telinga
sahaja. Memang nak cepat sangat.
Pemandu teksi kami minta bawa laju sedikit. Dia kata kena
ikut jalan potong. Ikut Dengkil. 120 dia
pandu. Teksi ni agak lama sikit. Tak ada rasa aircond pun.. Mail kata ada
signal amaran warna merah pada meter di dashboard teksi ni. Minyak nak habis?
Tarik nafas, tawakal sahaja. Kalau terlewat sedikit, Mail, Mazda dan Nazri
masih boleh pergi. Kalau terlewat banyak, kami berempat akan tertinggal!!!!
Lalalalaa ....
Akhirnya tepat pukul 1.00 tengahari kami sampai di LCCT.
Saya meluru keluar teksi, melintasi 3 lorong kereta, terus ke kaunter check in.
Termengah-mengah dengan beg di belakang. Sesampai di kaunter, ......CLOSED.
Saya termenung di hadapan kaunter. Tiada sesiapa....
Tiab-tiba, muncul pegawai kaunter tersebut dari bawah
kaunter.. Dia buat apa kat bawah kaunter?
Saya beritahu dia , bahawa saya adalah orang yang dia suruh pergi buat
passport tadi. Dia masih ingat. Senyum saja dia. Sempat ya bang? Ya, sempat,
diorang memang cekap. (diorang di sini saya maksudkan semua pihak yang
terlibat, pemandu teksi hala pergi, pegawai passport, tukang ambil gambar, Mail,
Nazri, Mazda, pemandu teksi hala balik, dan sebentar lagi pegawai kaunter check
in ini).
Ok, bang, semua beres. Ini boarding pass abang. Sila ke
bahagian pelepasan antarabangsa, semua kawan abang dah masuk. Saya pun meluru
ke situ. Selepas pemeriksaan Passport oleh kastam dan pemeriksaan luggage, saya
ke pintu T16. Tiada sesiapa... Eh! Dr.
Rozi masih tercegat di situ. Seperti patung. Penuh kesayuan. Menjerit nama saya
penuh kesayuan. Sedih ada, terharu ada, ketawa ada.... Kami berpelukan....
Syukur.. Rasanya ada air mata juga di
situ...
Kemudian muncul Nazri, Mazda dan Mail... Kami masuk
ke perut kapal terbang bersama-sama...Pukul 2.05 petang, roda kapalterbang
terangkat meninggalkan bumi Malaysia... membawa kami ke bumi Jepun..
memang gilaaaaaaa ! x__x'
ReplyDeleteSalam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.
ReplyDeleteSila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com