Alhamdulillah. Hari ini masuk hari ke-6 kita berpuasa Ramadhan. Masih di fasa pertama. Ramadhan itu dibahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama adalah rahmat. Fasa kedua keampunan dan fasa ketiga adalah kebebasan daripada api neraka.
Ucapkanlah kalimah tayyibah (Laa ilaaha illallah) sebanyak mungkin pada bulan Ramadhan ini.
Rahmat Allah sentiasa mencurah-curah. Lihat sahaja kesungguhan kita mengunjungi masjid atau surau untuk bersolat tarawih, membaca Al Quran dan menmbuat amalan-amalan sunat yang lain. Apabila kita istiqamah melakukan ini Allah dengan rahmatNya akan memberikan keampunanNya. Sebab itu kita disarankan mengucapkan istighafar sebanyak-banyak mungkin pada bulan Ramadhan. Pada fasa ketiga, Allah akan membebaskan hamba-hambaNya yang berpuasa dengan ikhlas. Maka berdoalah agar Allah membebaskan kita dari Neraka dan memasukkan kita ke dalam syurgaNya. Doa yang dibaca setiap 4 rakaat terawih meliputi hal memohon keampunan dan pembebasan daripada neraka inilah. Tiada lain.
Catatan:
Semalam 15 Ogos 2010 ( 5 Ramadhan 1431H), dalam perjalanan balik ke Lipis dari Gombak, saya singgah sebentar di Pasar Ramadhan Raub. Di kawasan lapang tapak Pekan Sari, di seberang jalan bersetentang dengan Pejabat Pos. Ramai peniaga dan banyak gerai. Menu wajib di sini biasalah, gulai asam rung. Ada 3 jenis, asam rung ikan, ayam/daging dan sayur. Lebih ramai peniaga berbandig Lipis. Kawasan terbuka dan banyakpilihan juadah. Dalam tak sedar habis juga RM25.00
Apa yang menarik, adanya Martabak Abang Kasim dengan slogan Pon..Pon.. siapa lagi Idlan Raja Lawak Astro bersama Ca Ca turut berniaga di sini. Saya tabik dengan mereka berdua kerana tidak lemas dalam glamor. Sanggup berniaga di pasar Ramadhan. Cuma tak sempat bertanya, mengapa mereka memilih lokasi di Raub?
Salam
ReplyDeletemacamtulah bila ke bazar Ramadhan...paling tidak rm10 mst melayang..kalau dpt menu yg sedap dan menepati citarasa kira oklah tp bila dapt yg masak ala2 kadar je rasa rugi pulak.
bleh g cari neh... da lama tak g raub...
ReplyDelete