Di seluruh negara kita kini sedang berjalan sesi praktikum bagi bakal-bakal guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursu Perguruan lepasan Ijzazah (KPLI) atau guru yang sedang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) di IPG.
Semasa menjalani praktikum sudah tentulah guru pelatih mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar pembimbing daripada pensyarah penyelia, guru pembimbing, rakan-rakan sepraktikum, malah warga sekolah dan keluarga juga.
Saya ingin memfokuskan kepada peranan pensyarah pembimbing dalam membimbing dan membantu guru praktikum. Peranan mereka sangat penting dalam memberi idea, memotivasi, menilai dan akhirnya memberi gred samada cemerlang, kepujian atau gagal. Kita percaya andai guru pelatih dibimbing dengan baik, maka tiada sebab pensyarah akan menggagalkan guru pelath ini. Selebihnya guru pelatih mestilah juga berusaha memberikan komitmen yang tinggi. Tunjukkan kesungguhan, merancang dan melaksana P&P dengan cemerlang. Niat yang ikhlas akan terpancar daripada perlakuan guru tersebut.
Maka jika diadun bimbingan oleh pensyarah, guru pembimbing dan komitmen yang jitu oleh guru pelatih, rasanya layaklah guru ini dicalonkan cemerlang.
Namun begitu, ketahuilah bahawa pensyarah juga tidak semua bertindak professional. Terdapat pensyarah penyelia yang tidak pernah mencalonkan guru seliaannya sebagai guru cemerlang. Alasannya? Malas nak beremeh- temeh mengisi borang!! Masya Allah... Jika guru pelatih tersebut sangat komited dengan praktikumnya tetapi mendapat pensyarah tersebut sebagai pembimbing, insyaAllah guru pelatih ini tidak akan ke mana....
Alasan lain, pensyarah ini takut dikritik oleh pensyarah rentas, bimbang guru yang dicalonkan tidak sampai tahap ( saya sentuh dalam entri lepas).
Pensyarah jenis ini juga beralasan dia mendapat guru pelatih yang tak cemerlang. Adakah sepanjang bertahun-tahun dia membimbing praktikum, sentiasa dia mendapat guru pelatih yang sederhana sahaja? Terlalu kebetulan.... Jika benar, ingatlah, tugas pensyarah adalah membimbing. Jika tidak pernah seorang pun dicalonkan cemerlang, bermakna bimbingan pensyarah sendiri tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Adakah pensyarah sendiri mengharapkan standard yang terlalu tinggi? Saya sudah sentuh hal ini. Setinggi manakah yang dikehendaki? Bersesuaianlah dengan tahap mereka sebagai guru pelatih, bukan guru pakar. Guru yang sudah lama berkhidmat pun belum tentu mampu menunjukkan inisiatif sedemikian.
Alasan seterusnya agak memeranjatkan lagi melucukan. Katanya, orang lain (pensyarah lain) dah calonkan guru-guru praktikum mereka cemerlang, jadi tak payahlah ramai-ramai sangat. Saya katakan inilah mentality golongan yang tidak mahu melihat pelajar ramai dapat A. Bagi mereka ‘bell curve shape” adalah yang sepatutnya berlaku dalam dunia pendidikan. Sedikit pelajar dapat A, ramai dapat B dan sedikit dapat C. Bagi mereka jika ramai dapat A, ia sesuatu yang ganjil. Mungkin takut kena tunjuk sebab. Jika demikian, sampai bila-bilapun anak bangsa kita tak akan maju. Tak akan wujud ramai orang yang cerdik pandai kerana terdapat pihak yang berfikir seperti katak dalam tempurung dan tidak akan sekali-kali melihat seperti mata burung.
Percayalah, golongan inilah juga yang tidak akan memberi markah 100 kepada pelajarnya dalam peperiksaan atau kerja kursus (assignment). Sekali lagi lucu bila mereka kata tidak akan ada orang yang boleh dapat 100. Itu terlalu sempurna. Itu malaikat. HAHAHA..... Adakah benar apa yang saya dengar? Adakah itu kata-kata dari mulut pensyarah? Malahan pensyarah yang sudah senior! Sifirnya mudah. Jika tiada pelajar yang layak mendapat 100, buat apa disediakan markah 100 dalam system pemarkahan? Buatlah sampai 99 sahaja. Atau jika ada orang tetap nak bagi 100 juga ( sebab jawapan pelajar tersebut menepati system pemarkahan) naikkan system pemarkahan kepada 101. 101 untuk tahap pencapaian malaikat!
Berbalik kepada soal cemerlang praktikum. Kalau guru pelatih layak dapat cemerlang, tetapi dinafikan oleh pensyarah dek kerana alasan kepentingan pensyarah sendiri, maka malanglah nasib guru pelatih tersebut. Elok juga guru pelatih tersebut melaporkan hal ini ke bahagian praktikum IPG. Itupun jika dia sedar potensi dirinya dan berani bertindak.
Jumpa lagi....
saya setuju. ada pensyarah yang x kan bagi student A solid walau bagus manapun. dengan alasan "no one is perfect to be a teacher". sanggup dia ketepikan borang dari guru pembimbing sebab nak bagi student tu A-.
ReplyDeletewawa, cadangan drp guru pembimbing sudah boleh dianggap valid dalam kes pencalonan cemerlang..
ReplyDeletenamun untuk PismP, jgn risau, tiada rentasan dibuat. (at least, currently..._
haruslah... dalam apa juga pertimbangan, kadang-kadang kita menilai dengan tidak adil... adil bukan bermaksud sama rata. tapi adil itu meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. kes dalam entri ini kelaziman dlm byk hal... dan itu juga sebab kenapa org Melayu susah dilihat maju... kerana mentaliti kita yg menutup perkara yg seharusnya dilihat... setuju, jika markah 100 itu tidak boleh diberi, maka perlu apa markah 100 itu wujud kan... sama juga halnya dengan kata 'sempurna' itu mesti didahului dengan 'tidak', maka perlu apa adanya istilah 'sempurna' yg boleh berdiri sendiri? sempurna itu ada dan pada spesifikasinya yang tersendiri. maka, jika memenuhi spesifikasi adakah itu masih dikatakan tidak sempurna? lainlah kalau tidak memenuhi spesifikasi, barulah boleh kita katakan ia belum sempurna... mentaliti yg harus diubah saya kira... hmmm.. entri yg sgt baik encik... =)
ReplyDeletepandangan yg bernas Mis.
ReplyDeleteterkadang ingin sahaja berpihak kepada pihak yg tidak berpihak kepada mana-mana pihak. namun sikap demikian namanya berpihak juga...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam semua. Isu yang baik untuk dibincangkan. Saya adalah pensyarah penyelia praktikum. Saya memang galakkan anak murid yang mempunyai peluang direntas cemerlang. Masalahnya, dalam sistem rentasan ini markah akhir terletak pada pensyarah yang melakukan rentasan. Sebagai contoh,
ReplyDeletesaya memberi markah 94 manakala pensyarah yang membuat rentasan memberi markah 78 markah, maka markah akhir pelajar tersebut adalah 78 dan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana markah ini diserahkan terus ke unit praktikum IPG. Ini mengakibatkan pelajar sendiri takut untuk menerima pencalonan rentasan cemerlang kerana markah boleh jatuh dari A ke B+, B, B- atau C berdasarkan pengalaman rakan-rakan. Sekian.