Baru sahaja selesai kesibukan menyambut Hari Raya
Aidil Fitri. Mula membuka folder ‘ ‘Buku Dr. Khairuddin”. Sudah hampir 2 bulan
beliau meminta saya menyemak atau ‘proof reading” buku terbarunya yang bakal ke penerbitan tidak lama lagi.
Saya tidak tahu kenapa beliau meminta
saya menyemak penulisannya. Tiada apa-apa pengalaman khusus yang saya ada berkaitan hal penulisan
buku. Sementelah draf 182 mukasurat ini bertajuk Gerbang Usul Tafsir! Berkaitan al
Quran dan lebih khusus berkaitan isu Tafsir –konsep, metodologi, aliran, fokus
dan fenomena tafsir al Quran. Amat jauh
dari bidang saya. Apapun saya menganggap beliau ingin
melihat bagaimana bukunya ini dapat difahami oleh seorang awam seperti saya.
Tambahan mungkin beliau mudah berinteraksi
dan mendapatkan maklumbalas.
10 mukasurat pertama, saya menjumpai 2
perkara. Pertama, betapa amalan yang kita lakukan di atas dunia
ini, tidak kira berbentuk keduniaan apatah lagi ukhrawi, jadikan ia sebagai ibadah untuk
meraih ganjaran daripada Allah SWT. Dipetik mukaddimah;
Akhirnya, kepada Allah yang Maha Tinggi
lagi Maha Besar dipohonkan agar menjadikan semua amalan kita ikhlas keranaNya,
membersihkan hati-hati kita dari semua gejala riak, menyimpan semua pahala kita
sebagai bekalan untuk bertemu denganNya pada hari yang tiada pelindung
melainkan Allah. Didoakan juga agar Allah memberkati semua pihak yang terlibat
dalam penerbitan buku ini sehingga mampu terbit dengan sempurnanya kerana Allah
yang Maha Mendengar dan Menunaikan semua permintaan hamba-hambaNya.
Perkara kedua akan saya tuliskan
kemudian.
No comments:
Post a Comment