Perkara kedua yang saya ingin tuliskan..
Mengapakah orang Islam menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah?
Mudah ditelah. Tapak kasut
semestinya kotor. Pelbagai jenis permukaan telah kita pijak di luar sana sebelum
kita masuk ke rumah. Tanah, lecah, pasir, selut hatta najis. Waima tapak kasut
kelihatan bersih dan kering, kita tidak tahu apa jenis kuman dan penyakit yang
akan kita bawa masuk ke rumah.
Berbanding dengan orang putih (non-
muslim). Mereka tidak membuka kasut apabila memasuki rumah. Itu tidak
menghairankan. Sedangkan selepas membuang air kecil atau air besar pun mereka
tidak membasuh apa yang patut dibasuh!
Saya teringat sebuah kisah bagaimana seorang pengusaha dobi di Amerika (USA) mendapat hidayah setelah
membandingkan pakaian pelanggannya yang muslim dan non-muslim. Beliau mendapati
pakaian pelanggannya yang muslim tidak berbau busuk sebelum dibasuh. Manakala
pakaian pelanggannya yang non-muslim berbau sangat busuk. Lalu beliau bertanya
kepada pelanggan muslimnya tentang hal ini. Pelanggan muslim ini menerangkan
bahawa orang Islam diwajibkan membersihkan diri selepas buang air kecil atau
besar. Dan mereka menggunakan air untuk tujuan ini, bukan kertas tisu atau suratkhabar. Pengusaha
dobi ini berasa kagum dengan cara hidup yang bersih yang diamalkan oleh orang
Islam. Beliau mendapat hidayah dan memeluk agama Islam.
Berbalik kepada buku Dr. Khairuddin. Dipetik;
Contoh ta’wil,
Mustafa
Mahmud
dalam usaha mentafsirkan ayat al-Quran
"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! maka bukalah kasutmu, kerana
engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (Surah
Taha(20): 12)
mengikut keadaan semasa menta’wilkan
ayat di atas bahawa tidak mungkin
seseorang berada di hadapan Allah melainkan dengan ditanggalkan hawa nafsu dan
kelazatan jasad serta kesibukan nafsu dan jasad sebagai syarat untuk sampai
kepada Allah. Ini semua adalah syirik tersembunyi yang mengiringi manusia
semasa ibadahnya sedang perkara tersebut amat diharamkan. Penta’wilan yang dilakukan dengan mengubah makna yang zahir
tentang perintah Allah membuka kasut kepada Musa a.s. dengan menanggalkan semua
kepentingan nafsu dari diri untuk menemui Allah.
Menanggalkan kasut itu apatah lagi jika
akan memasuki tempat sembahyang (masjid).
Soalan: Mengapakah mereka (orang-orang
kafir/barat) masih memakai kasut (bahkan berpakaian lengkap dengan blazer) ke
dalam kubur untuk menghadapi kehidupan selepas mati?
Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...