Pada 17 Dis. 2012 (Isnin).
Pukul 9.00 pagi kami bertolak dari
Kuala Lipis. Melalui jalan Koyan-Betau Cameron Highland. Pukul 11.00 sampai di Ringlet. Belok kiri ke
Tapah. Sudah lama tak lalu jalan ini. Banyak tanah runtuh. Namun masih boleh
dilalui kereta. Hujan sepanjang jalan.
Pukul 12.00 sampai di Lata Iskandar. Singgah makan bekalan. Nasi dan
ikan lampam goreng. Memang selera makan
di tepi air terjun. Mandi manda ala
kadar. Teruskan perjalanan .
Pukul 4.00 petang dah sampai di Teluk Intan. Melawat Menara
Condong. Tapi tak dapat masuk. Isnin
tutup. Menara ini merupakan tangki air
pada masa dahulu. Keihatan 8 tingkat.
Sebenarnya 3 tingkat sahaja. Kini sebagai objek
pelancongan. Kami disapa oleh
seorang lelaki Cina menaiki basikal tua. Katanya sambil menghulurkan tangan
untuk bersalam “ Mudah-mudahan bertambah rezeki. Boleh lah belanja saya makan mee rebus”.
Apek ni beberapa kali berpusing-pusing
dengan basikalnya di sekitar dataran
menara condong ini. Sampaikan 3 kali saya bersalam dengannya.
Di pinggir dataran menara condong, ada banyak gerai makan.
Pekena gado-gado di Warong Wak Teni. Seakan cucur udang. Guna lidi untuk
mencucuknya. Sedap. Seterusnya ambil
masa sedikit cuci mata di Kompleks
Menara Condong. Biasa sahaja. Ala-ala
kat Nilai 3. Menariknya kita dapat melihat kecondongan sebenar menara ini jika
berdiri di pintu masuk Kompleks ini. Condongnya ke arah kanan.
Seterusnya bermalam di rumah sepupu di Batu 14 Lekir,
Setiawan. Hajat hati nak ke Bagan Datoh.
Namun hari semakin mendung dan gelap.
Lagipun jaraknya agak jauh juga. Negeri Perak memang luas. Negeri yang
masih belum habis sayab teroka. Biasa
pergi ke Tanjung Malim,Bagan Serai dan Taiping sahaja. Selalu kita ke utara melalui lebuhraya
PLUS. Oleh itu bandar-bandar di negeri
Perak agak kurang diberi perhatian.
Best singgah kat Lata iskandar,
ReplyDeleteada rintik air yang nyaman :D