Cari sarapan nasi lemak di gerai tepi jalan. RM1
sebungkus. 9.00am mencuba aktiviti
snorkeling. Ada lebih kurang 5-6 kumpulan
pengendali aktiviti laut di Teluk Nipah.
Antaranya, Beach Boy, Nipah Event Water
Sport. Semuanya Melayu. Anak-anak muda belaka. Mereka peramah. Harga boleh dibincang. Beach Boy
menawarkan RM50 untuk satu bot ke Pulau Giam bagi aktiviti snorkeling. RM40 jika bot kecil sedikit. Sewa google RM5
seorang. Jika kita tidak sangat ingin snorkeling, sewa 1 atau 2 google sudah memadai. Boleh
gilir-gilir nanti.
Kami dibawa ke Pulau
Giam. Tak sampai 10 minit dari pantai Teluk Nipah. Sudah banyak bot sampai.
Ramai orang sedang snorkeling. Ramai juga yang duduk memerhati dari atas bot
sahaja. Kanak-kanak boleh snorkeling di tempat cetek. Ada ditanda sempadan kawasan untuk snorkeling. Bagi yang tak pandai
berenang, jangan bimbang . Life jacket akan sentiasa membuat kita timbul. Tips; Jika bahagian pada google yang dimasukkan ke dalam mulut itu tada tempat
untuk gigit, masukkan seluruh bahagian pangkal batang pernafasan ke dalam mulut, hingga sesuai. Jadi kita
boleh bernafas melalui mulut dengan selesa. Pedulikan orang tengok. Tiada siapa
nak tengok pun. Masing-masing bukan profeional pun. Masing-masing sibuk melihat ke dalam air.
Banyak juga ikan-ikan berbelang-belang biru, kuning mengelilingi kita. Saya
cuba memberi roti. Ikan-ikan ini tidak takut makan di tangan saya. Cara yang baik agar tidak menakutkan
ikan-ikan ini ialah dengan meletakkan tangan kita ke belakang badan atau sisi
badan kita. Hanya kaki kita yang bergerak perlahan-lahan. Lagi satu pastikan cahaya matahari bersinar
cerah untuk melihat pemandangan di bawah air yang lebih baik. Oleh kerana orang
agak ramai, air mnejadi sedikit keruh. Ruang juga agak terhad.
Awasi juga obor-obor. Bagi kanak-kanak, batu, teritip dan
karang boleh melukakan kaki. Ada juga
orang yang alah kepada air di sini. Mereka diserang gatal-gatal. Tapi tak
kritikal. Di bahagian belakang pulau ada kawasan air agak tenang. Banyak batu
karang di sini. Gamat juga boleh dilihat. Saya menangkap seekor gamat.
Bentuknya berubah-ubah di atas tapak tangan. Agak menggelikan dengan bulunya
seperti gel. Di sini bagi setengah orang , airnya lebih
‘menggatalkan’..
Di Pulau ini ada gerai menjual minuman. Memandangkan bot yang menjemput kita untuk
balik ke pantai mungkin lambat (1jam), elok kita bawa sedikit bekal
makanan. Bot yang menjemput kita akan
membawa kita mengelilingi Pulau Giam,
melihat batu buaya, batu penyu, batu paus, melalui Pulau Metagor, Monkey
Bay dan agak berdekatan juga dengan kapal TLDM KD Penyu.
Lain-lain aktiviti di sini seperti Great Big Marbel, semacam
sofa duduk 4 orang ditarik oleh bot, Banana Boat boleh naik hingga 8
orang. Jet Ski, Poparazi, dan berkayak.
Seterusnya kami makan tengahari di kedai makan simpang
Horizon Inn. Menu simple tapi mahal.
Tips; jika ramai, isikan lauk dalam mangkuk. Jangan ambil lauk ikut pinggan masing-masing.
Petang kami keluar pula.
Menuju ke Pantai Teluk Ketapang. Banyak pokok ketapang di pinggir
pantai. Pantainya agak landai, damai. Ada menara tinjau. Tiada orang mandi. Tiada resort. Singgah
bergambar sahaja. Melalui Pasir Bogak.
Pantainya panjang. Ada aktiviti rumah air untuk kanak-kanak. Singgah bergambar juga.
Seterusnya melintasi jalan jeti ke Sungai Pinang Besar. Jeti nelayan terdapat di sini. Kami tidak singgah di Fu Ling Kung kerana
terlepas simpangnya. Terus ke Sungai
Pinang Kecil. Kilang satay Fish juga sudah tutup. Kereta terus gerak ke depan.
Sampai ke jalan tiada rumah orang. Hutan. Jalan semakin sempit dan berbukit
serta selekoh tajam. Persisi Balik Pulau di Pulau Pinang.
Akhirnya sampai ke
Pantai Teluk Dalam. Di sini ada resort
yang nampak ekslusif dan privacy. Chalet sebuah sebuah. Teluk Dalam
Resort. Pantainya cantik. Kami
terus ke depan. Terlajak hingga ke sebuah rumah persendirian selepas jeti yang ada round about. Patah balik tanya Pengawal keselamatan Pangkor Island Beach
Resort. Katanya simpang balikke Teluk Nipah ialah di tepi padang kampung Teluk
Dalam. Memang tiada papan tanda di situ. Kami patah balik.
Melihat beberapa penduduk kampung menjala dan memukat di air
cetek. Terfikir… inikah aktiviti nelayan di sini? Dhaif? Terlihat rumpai laut
kehijauan di gigi air. Terfikir… apakah mungkin ternakan rumpai laut dapat
diusahakan di sini ( seperti di Sabah).
Masuk simpang,
melalui lapangan terbang Pangkor. Melalui Pangkor Rimba Kem , keluar semula ke Anjungan Resort di Teluk
Nipah. Hampir gelap. Orang mulai ramai
mencari tempat makan malam. Lebih banyak pilihan kedai makan jika pergi ke
hujung arah Anjungan Resort. Menu ikan
laut seperti bawal, siakap,kerapu, sotong, talang, nyo-nyok dan kembung. Ada
harga dipaparkan. Harga termasuk siap dimasak.
Kami pekena Bawal Gajah masak stim.
Campur sotong goreng kunyit, RM85.00. Kekenyangan. Balik bilik, solat, tidur. Masih ada keluarga yang karaoke malam
ini.
Salam..ada simpan x contact number Beach Boy Watersport?
ReplyDeleteKlu dpt no hp.. Boleh share x slm... dgn akk... 0126723490 (wasup)
DeleteMcm mna ye klu nk round2 pulau darat? Nak naik ape pling murah?
ReplyDelete