18 Dis 2012 (Selasa)
Bergerak ke Seri Manjung .
Shopping di Pasaraya Billion.
Pakaian di sini memang murah. Naik
tingkat atas. Pasaraya AEON juga baru dibuka. Tapi kami tak pergi. Billion
jalan ke arah Lumut.
1.30 sampai di Lumut.
Di Pekan Lumut, parking kereta agak sukar. Parking berkupon. Saman dan kunci tayar mungkin dikenakan jika tiada kupon. Terbaik
parkir di parking bertingkat. Bayaran
40 sen satu jam. Jam pertama free.
Selepas makan tengahari (kat Gerai Intan Berlian. Agak
mahal. Lauk biasa sahaja ), seret beg ke jeti. Kita akan melalui laluan pejalan
kaki berbumbung dari bangunan parking. Lebih kurang macam airport. Di jeti ada
ATM Maybank. Beli tiket feri dahulu. Ada 3 kaunter. 3 syarikat berlainan. Jangan bimbang. Boleh beli mana-mana tiket dan naik mana-mana
feri. 3 syarikat ini dah bekerjasama.
Tiada rebut-rebut penumpang. Kami
naik feri Pan Silver. Tiket dewasa
RM10.00, kanak-kanak RM5.00. Tiket untuk bayaran pergi balik. Lebih baik simpan tiket tersebut. Feri datang setiap setengah jam. Adalah lebih baik terus naik jika feri sudah
sampai. Supaya dapat tempat duduk. Kecuali ingin duduk di bahagian atas (deck)
untuk menikmati angin dan melihat
pemandangan dengan lebih jelas.
Feri gerak pukul 2.40pm. Sampai di Jeti Pangkor 3.20pm. sampai di jeti Pangkor, ramai anak muda (Cina dan India) bertanya samada kita nak sewa kereta atau
tidak. Macam di Langkawi. Bayarannya
RM80.00 sehari. Jika 2 hari RM150.00.
Kami sewa Proton Wira Auto. Di
pulau ini van menjadi teksi. Warna pink. Jika naik teksi dari jeti ke Resort ,
kena cas RM20.00.
Kami terus gerak ke Pangkor BayView Resort. Lokasinya 5km
dari jeti. Sampai di Teluk Nipah, tiada papan tanda BayView. Rupanya kena masuk
ikut simpang Horizon Inn. Tak sampai
100m ke dalam. Parking kereta agak sukar. Parking di sebelah jalan sahaja. Bay View
ada kolam. Sesuai bagi kanak-kanak. Bilik family jika hari biasa RM180.00
semalam. Kami sudah booking melalui
online. Deposit RM200. Jika transfer
melalui ATM Maybank, simpan resit. Nanti pihak resort minta sebagai bukti.
Pukul 5.30pm kami
keluar ke Pekan Pangkor. Isi minyak RM20.00 (RM10.00 agak memadai). Ah Tong, pemilik kereta kata RM15 isi minyak
sudah cukup. Ada bro ‘beach boy’ kata
jika kita isi minyak lebih, nanti si pemilik kereta ini akan sedut minyak lebih
tersebut jika kita tak habis pakai. Jadi
minyak kereta akan pada paras ‘E’
bila penyewa berikut ambil alih . Tak
tahulah. Apa pentingnya sedut minyak?
Shopping di Pekan Pangkor. Kedai buka sampai malam. Kedai t
shirt, cenderamata, hasil laut. Mayban, AMBank dan Agro Bank ada di sini. T
shirt di Kedai Norizan (kedai mula-mula) agak murah. Boleh ditawar sehingga
25%.
Sebelum balik bilik, kami singgah di tepi jalan dekat Pasir
Bogak. Pekena Siakap bakar cicah air
asam, paprik sotong dan air buah. RM54 melayang. Sebelum masuk bilik, jalan-jalan lagi di
pinggir Teluk Nipah. Ramai orang masih melilau. Rupa-rupanya di sini paling
meriah pada waktu malam. Ada seorang mak cik kata, dia menginap di Sea View
dekat Pasir Bogak, tiada tempat makan. Dia datang makan di Teluk Nipah. Gerai makan banyak pilihan. Resort juga lebih
banyak dan kedai cenderamata juga banyak.
Jika siang, aktiviti laut paling banyak juga di Teluk Nipah. Malam
tersebut agak bising dengan karaoke
suatu keluarga di Bay View
Bay View menyediakan
sewa motosikal. RM35 sekali sewa sampai
balik. Sewa moto dan basikal banyak di
Pasir Bogak. Sewa basikal RM 3 untuk 2 jam.RM5 jika 24 jam.
Semua basikal jenis MTB. Mesti
tahu main gear.
sewa bicycle kat mana? ada numbor?
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/princesshomestaypangkor/
ReplyDeleteBerminat boleh call atau WhatsApp sy 0142512175 utk booking homestay