Tidak dinafikan kegembiraan dan kepuasan hati seseorang ialah apabila berjaya memiliki apa yang disukai, apa yang dicintai dan diidamkan selama ini. Setelah puas berkorban, berusaha sedaya upaya, apakah lagi yang paling membahagiakan selain memiliki apa yang didambakan? Namun terkadang apa yang kita miliki bukanlah tuntas milik kita. Jika kita menganggap sedemikian, seringkali kita cenderung untuk menaklukinya. Memiliki bukan semestinya menakluki.
14 September 2009
cinta tak semestinya bersatu
Tidak dinafikan kegembiraan dan kepuasan hati seseorang ialah apabila berjaya memiliki apa yang disukai, apa yang dicintai dan diidamkan selama ini. Setelah puas berkorban, berusaha sedaya upaya, apakah lagi yang paling membahagiakan selain memiliki apa yang didambakan? Namun terkadang apa yang kita miliki bukanlah tuntas milik kita. Jika kita menganggap sedemikian, seringkali kita cenderung untuk menaklukinya. Memiliki bukan semestinya menakluki.
09 September 2009
Suatu babak sebenar citra anak Malaysia.
Pada pagi cuti Tahun Baru Cina, seingat saya Ahad, tahun 1993, saya dan seorang teman berhasrat bersantai di Genting Highland. Kami bertolak dari Temerloh menaiki moto Yamaha RXZ saya yang baru beberapa bulan dibeli. Masuk ke sempadan Karak, lebuhraya sedang dalam proses naik taraf. Sepanjang jalan batu-batu ditabur tanpa digelek. Kami teruskan juga perjalanan dalam keadaan terhenjut-henjut dan lambat-lambat.
Sungguh tak disangka (walaupun boleh juga dijangka) tayar belakang tiba-tiba pancit. Lokasinya kurang 1 km melepasi simpang Bentong Timur. Ketika itu tiada pekerja lebuhraya pula yang kelihatan. Kereta lalu lalang juga sangat kurang.
Kami termenung sebentar. Sewaktu cuti begini mana ada bengkel yang buka? Kami terus mencari-cari idea. Terfikir nak tolak saja moto sehingga ke tempat yang selamat disimpan. Kemudian kami akan tumpang kereta atau naik teksi ke Genting. Terfikir juga balik saja naik bas. Ambil alat ganti. Atau simpan moto di suatu tempat, datang semula selepas cuti. Akhirnya.... kami tolaklah juga moto perlahan-lahan. Tak berapa lama, kami melihat dari jauh ada seorang lelaki India yang sedang duduk di tepi lori JKR. Setelah hampir kami pun bertanya kepadanya bolehkah dia menolong. Dia kata dia sanggup mencuba. Lalu keputusan diambil. Teman saya mengikuti lelaki India ini ke bandar Bentong menaiki lori JKR. Saya pula menunggu moto. Kurang satu jam mereka kembali. Diiringi seorang pemuda Cina menaiki moto.
Setelah bertanya masalah lebih kurang, pemuda Cina ini mula mengganti tiub moto. Selesai. Saya bertanya bayarannya. Dia kata saya bayar harga tiub sahaja sudah memadai. Ini kerana mungkin dia kasihan melihat kami yang kesusahan, dan sempena Tahun Baru Cina pula. Kami mengucapkan terimakasih atas pertolongannya. Juga kepada lelaki India tersebut yang sudi menolong pada saat-saat sedemikian.
Sempena sambutan merdeka ini, saya mengucapkan jutaan terimakasih dan rasa terhutang nafas kepada:
Para Pejuang Kemerdekaan yang berjuang dengan keringat dan darah demi memerdekakan tanah ini dari rantai penjajah. Doa saya untuk anda semoga anda semua tenteram, sentosa dan berbahagia dalam kehidupan ini dan kehidupan selepas kehidupan ini.
Kepada Anak Merdeka (mereka yang lahir pada atau selepas 31 Ogos 1957 sehingga 15 September 1963) yang memulakan langkah memajukan tanah ini dan menyediakan tapak yang lebih makmur dan subur buat meneruskan kelangsungan hidup kita di atas bumi bertuah ini.
Juga rasa bangga dan setinggi penghargaan saya kepada
Anak Malaysia (mereka yang lahir pada 16 September 1963 dan selepasnya) kerana menunjukkan komitmen dan merealisaikan impian para pejuang kita terdahulu.
Sebagai tanda penghargaan ini saya berjanji dan berusaha mengisi dan mengekalkan kemerdekaan ini dengan nafas saya, tangan saya, lidah saya, hati serta fikiran saya dan tentunya dengan darah saya!!
10 Ramadhan 1430H
31 Ogos 2009
SALAM 1 MALAYSIA -52 tahun kemerdekaan.
03 September 2009
PENTAS KEHIDUPAN

Selembar nostalgia..
Pada 29 Disember 2008 yang lalu, Isnin, saya dan rakan-rakan melawat Istana Lindungan Bulan, Pagar Ruyung, dalam rangka lawatan ke ranah Minangkabau, Sumetera Barat. Istananya sungguh cantik. Namun malangnya kami tidak dibenarkan masuk kerana ada satu majlis berkaitan kemangkatan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar. Meninjau-ninjau di sekitar luar istana, ada penjual keris. Saya membeli 2 parang dan 1 keris. Harganya sangat murah jika dibanding di tempat kita. Terdapat pula 2 kanak-kanak yang nampaknya dhaif, cuba mendekati kami untuk menjual tebu. Kami yang tidak berminat membeli, sekadar menghulurkan duit kecil sebagai sumbangan. Namun ketika si adik lelakinya hendak mengambil duit tersebut, segera si kakak menjerit ”Jangan!! Jangan kamu ambil wang nya!!”
Lalu dia menarik tangan adiknya itu..
”Bonda sudah pesan, kita tidak akan jadi peminta sedekah!!
SYOKNYA TIDUR
Jangka masa tidur yang normal dan sihat bagi seorang dewasa ialah 8 jam. Kita ada 24 jam sehari semalam. Bermakna 1/3 masa kita dalam sehari semalam diperuntukkan untuk tidur. Tidur yang cukup sangat penting bagi merehatkan tubuh, dan membenarkan otak menyusun semula maklumat yang diterima sewaktu jaga. Tak cukup tidur pula boleh mendatangkan pelbagai mudarat. Misalnya tekanan bertambah, hilang tumpuan, mudah marah atau wajah kelihatan kusam.
Jika 1/3 masa kita adalah untuk tidur, ini bermakna seseorang yang hidup selama 60 tahun, akan melakukan aktiviti tidur selama 20 tahun!
Hidup ini singkat. Apakah yang dapat diisi selama 60 tahun hidup di dunia, selain daripada tidur selama 20 tahun?
Makan, termenung dalam kamar kecil, pergi balik kerja/kuliah, pergi bandar...balik kampung.... tengok TV, berapa tahun pula jumlahnya tu ye...?
SALAM RAMDHAN
13 RAMADHAN 1430H
27 August 2009
DI LUAR KOTAK
Bagaimana nak jadikan blog ni berbau wangi...
Siapa ada Aha !?
Atau Eureka ! ?
20 August 2009
alfa vs neuron
VerhPtcfrisyzsekTriounngggh...!!
Tika arus alfa menjalar ke serata neuron, diri terlentang di ranjang....
Hanya beberapa jam lagi Ramadhan akan menjelma. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan al Mubarak…
Ini selalu terjadi - kerja yang lama belum beres lagi, kini dihempap pula kerja yang baru… Kalau bertangguh, memang beginilah jadinya… Tapi memang tak bertangguh pun…Tak sempat langsung…(errr…ye ke?) Selalu juga guna FIP (First Important Priority) untuk utamakan kerja yang penting dahulu. Adeh..Berat bahu memikul (beg laptop), berat lagi otak memikirkan (kerja tak siap).. Sudah jadi budaya kerja sebegini yang terpaksa diharungi. Belum habis KPKI di Bera, BPG arah ke Morib hingga 21 Ogos 2009 (30 Syaaban). Senarai seminggu menunggu: PTK, KDC, Laporan KPKI, LAM-PT-09-02, Fail MQF, Artikel, Mesyuarat Majlis Gerko..bla bla bla….
PTK 25 Ogos 2009--Membaca untuk exam selalunya kurang seronok. Macam terpaksa. Tiada kepuasan. Berbanding membaca bahan yang memang disukai. Penuh keikhlasan. Puas. Maklumat pun kekal lama dalam ingatan jangka panjang.
Semoga Ramdhan akan meningkatkan keinsafan dan menjana arus alfa yang lebih banyak....
Morib, Selangor
20 Ogos 2009