Khutbah Jumaat di Masjid Kg. Berchang, Kuala Lipis hari ini 9 April 2010 menyentuh isu kelalaian manusia. Imam, Ustaz Namlur, menyebut dua perkara yang sering melalaikan manusia, iaitu kesihatan dan kelapangan masa. Kita juga tentu ingat hadis menyebut “rebutlah lima sebelum datang yang lima. “
Ya, ketika badan sihat banyak perkara dapat dilakukan. Dapat bersukan, makan yang sedap-sedap dan banyak-banyak, makan angin ke sana-sini, dan apa-apa sahaja yang sayugia dilakukan oleh orang sihat.
Demikian bila ada kelapangan masa. Banyak kerja dapat disiapkan. Dapat beribadah atau melakukan amal jariah lebih banyak, melayani orang lain, atau apa sahaja apabila adanya kesihatan yang baik. Sihat dan lapang. Saling melengkapi.
Oleh itu syukurlah jika kita masih memiliki kedua-dua nikmat ini. Andai kita tak punya salah satu, alangkah malangnya hidup kita. Lapang tapi sakit, atau sihat tapi sempit adalah kombinasi yang pelik. Apatah lagi jika sibuk yang tiada lapang atau sakit yang tiada sihat. Terlalu sibuk, akan membawa kepada sakit. Tak kiralah sakit jasmani atau rohani. Bila dah sakit, tiada lagi kelapangan fikiran. Ya kelapangan di sini bukan sahaja aspek masa, tetapi fikiran juga... Lapang dah jadi sempit. Sihat dah jadi sakit. Ketika sempit lagi sakit sudah menggantikan lapang yang sihat, maka sebuah keluhan adalah harga yang paling mahal, hatta tidak akan mampu melunaskan apa yang telah kehilangan...
Refleksi: Diri ini menginsafi... dan akan sentiasa menginsafi....
Demikian SMS yang saya terima pada 22 Mac 2010 pukul 1.37 tengahari. Inilah SMS terakhir yang saya terima dari adik bongsu saya, Muhammad Arif. Saya tidak membalas SMS itu. Bahkan saya memadamkannya. Namun saya masih mengingatinya.
Dalam jangkamasa sebulan sebelum ini, dia memang semakin tidak sihat. Kerap demam, mengah dan hilang selera. Penyakit jantung berlubang yang dihidapinya sejak kecil mulai menyerang lagi. Sehingga dia dimasukkan ke wad 4 hari. Balik ke rumah, kadang-kadang dia kelihatan sihat, kadang-kadang moyok. Namun seminggu sebelum ajalnya, dia selalu SMS saya menyatakan dia sudah tak tahan lagi…, kadang-kadang minta saya belikan minuman air kotak perasa kundur, minta saya hantarkan ke klinik atau minta saya saya hantar balik kampung (Dia tinggal dengan saya di Kuala Lipis beberapa hari untuk berubat secara tradisional).
Pada 22 Mac 2010 dia kembali ke kampung. Pada malamnya diadakan Ceramah Maulidur Rasul di masjid kampung. Mak memberitahu, dia yang sudah lama tak ke masjid akibat uzurnya itu, tiba-tiba berasa sihat lalu memandu kereta ke masjid dalam hujan agak lebat. Selepas ceramah, satu jamuan diadakan di sebuah rumah penduduk kampung. Dia sempat membawa penceramah dan Tok Imam ke rumah tersebut. Dan dia makan dengan amat berselera sekali sehingga menimbulkan kehairanan orang lain. Menurut Pak Teh Hanifah, Arif ada berkata; ”Malam ini Allah SWT memberi saya selera lebih, mungkin lain kali saya dah tak ada peluang makan begini lagi”.
Selepas jamuan dia menawarkan untuk menghantar Ustaz Kamaruzaman iaitu Tok Imam kampung balik kerana hujan masih lebat. Namun Ustaz Kamaruzaman menolak kerana ingin balik sendiri selepas hujan reda. Arif memberitahu Pak Teh Hanifah rasa terkilannya. ”Saya terkilan betul tak dapat menghantar Ustaz Kama balik. Mungkin inilah khidmat saya yang terakhir untuknya. Ustaz Kama tuan guru saya.” Hal ini kemudiannya diberitahu oleh Pak Teh kepada Ustaz Kama. (Semasa kami nak memandikan jenazah Arif, kami terpaksa menunggu dalam 2 minit kerana Uztaz Kama yang sepatut memulakan jirusan, telah tersesak-esak dengan hebatnya. Dia teringat kata-kata Arif tersebut agaknya.)
Sekembali ke rumah, Arif memberitahu mak tentang dia makan agak berselera pada jamuan itu. Mak rasa gembira. Namun apabila subuh esoknya apabila mak mengejutkan Arif untuk bangun solat subuh, itulah kali terakhir mak melihat anak bongsunya itu baring di katil di bilik bujangnya itu. Anaknya itu sudah tidak menyahut dan sudah tidak bergerak lagi….Hanya raungan mak sahaja yang kedengaran…
Apabila saya sampai ke kampung, jenazah Arif yang dilitupi kain batik lepas, masih di kelilingi saudara mara. Saya menyelak kain dan melihat wajahnya. Saya melihat dia seperti tidur sahaja. Dan suhu di lehernya masih seperti normal. Namun air mata saya tumpah semahu-mahunya…. Saya dapat bayangkan air mata mak sejak pagi tadi sudah tentu berlebih-lebih lagi…
Sesudah memandikan, kami mengkafankan. Kak Long dari Kuala Lumpur masih dalam perjalanan. Kami teruskan solat jenazah. Lantaran bimbang hari akan hujan, kami segera membawa jenazah ke kubur. Di perkuburan, kami menunggu lebih kurang 15 minit sehingga Kak Long, Abang Bad dan anak-anaknya sampai. Sempat mereka menatap kali terakhir dengan cucuran air mata. Cuma Yus dari Ipoh sampai sudah senja.
Ketika saya memangku kepala Arif dan meletakkannya ke liang lahad, dan membuka kain yang menutup wajahnya, dan menghadapkan wajahnya ke kiblat, saya telah berada di pinggir barzah itu. Dan saya melihat Arif masih ’tidur’….
Benar, tidak sampai 24 jam selepas SMS nya yang terakhir itu, dia telah sampai di ’rumah’nya setelah 23 tahun Allah mengizinkannya bermusafir di dunia fana ini..
..............................................
Muhammad Arif adikku, mak memberitahu bahawa kau selalu mengeluh, kau banyak menyusahkan aku, kau berazam nak membayar semula segala wang yang aku belanjakan untukmu, (bahkan mak menunjukkan kepadaku catatan azammu itu), itu semua hanya membuatkan mata ini makin berkaca sahaja..Aku tidak pernah minta balasan atau bayaran. Aku hanya ingin melihat engkau berjaya dan gembira…Aku redha dengan perpisahan ini. Semoga Allah SWT meredhaimu, melapangkan ’rumah’mu, dan menggolongkanmu ke dalam kumpulan orang-orang beriman.. Amin..
Menjengah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol (SKSK), pada Sabtu, 27 Feb. 2010 bersama 38 pelajar semester 5 IPG Tengku Ampuan Afzan, ternyata menambah pengalaman dan pengamalan. Sejauh 6km dari Bandar Jerantut, SKSK adalah laman ilmu kepada 106 murid Orang Asli suku kaum Jahut. Dengan pencapaian terbaik 2A2B1C dalam UPSR, SKSK masih bertatih menjejak kecemerlangan.
Menurut Cikgu Suhaimi bin Abd Hamid, GPK 1 SKSK, yang telah berkhidmat di sini sejak SKSK masih berbangunan kayu, guru-guru yang mengajar di sekolah bermuridkan Orang Asli, mestilah menguasai serba sedikit bahasa suku kaum tersebut. Guru ini akan mudah mendekati dan didekati murid. Menguasai bahasa ibunda murid amat membantu guru menjayakan core-business; pengajaran dan pembelajaran.
Namun peranan guru meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan murid SKSK adalah lebih utama. Menurut Cikgu Suhaimi, kerapkali murid-murid tidak dapat mengingati nama ayah mereka dan ayah juga tidak dapat mengingati nama anak apabila berurusan secara rasmi. Hal ini disebabkan nama-nama mereka disebut secara berlainan ketika di rumah.
Menurut Guru Besar SKSK, Abd Mohin Bin Mohd Yusof, walaupun murid-murid Orang Asli sering diberi pelbagai bantuan oleh JHEOA, pihak SKSK sendiri sedang dalam proses mengurangkan pergantungan ini. Ia bertujuan mengubah mentaliti subsidi dan menggalakkan sikap berdikari. Misalnya pihak sekolah hanya memberi alatan tulis sekali sahaja pada awal tahun.
Cikgu Suhaimi mengakui masalah rendah diri adalah ketara di kalangan murid Jahut. Sikap ini sudah beransur ditinggalkan oleh Jakun di Rompin dan Semelai di Bera di mana kedua-dua suku ini yang termaju di Pahang. Melalui kegiatan sukan, kokurikulum dan penglibatan dalam pertandingan peringkat daerah, konsep kendiri murid SKSK mulai berubah. Hatta ada murid terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Antara program SKSK dalam meningkatkan kecemerlangan ialah menaik taraf Pusat Sumber Sekolah ke kedudukan terbaik peringkat negeri Pahang. SKSK telah mendapat Naib Johan bagi Anugerah Gading Bersilang Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2008 dan sebagai Johan pada 2009! SKSK kini sedang mewujudkan galeri Jahut, sebagai pusat rujukan berkaitan suku ini. Juga akan terus meningkatkan kegiatan kokurikulum sebagai usaha menarik minat murid bersekolah.
Faktor dalaman diri Orang Asli seperti sikap dan tanggapan terhadap kepentingan pembelajaran formal lumrahnya dimaklumi kita semua. Termasuk juga kedhaifan prasarana dan kemunduran sosioekonomi sering dikait dengan masalah keciciran mereka. Orang Asli perlu diberi masa untuk berubah.
Sementara itu, agen perubahan yang hadir untuk mengubah, perlu juga dinilai. Cikgu Suhaimi menyatakan bahawa persepsi guru terhadap Orang Asli khususnya murid, perlu diperbetulkan. Hipotesis bahawa murid Orang Aslitidak perlu dibimbing perlulah dikikis. Dikhuatiri persepsi sebegini akan membentuk sikap guru yang kurang komited.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, quality of school cannot exceed the quality of teacher.[1]. Bermaksud peranan guru dalam mencanai dan membentuk kejayaan sekolah mengatasi peranan personel yang lain termasuk pentadbir dan mendahului segala program kecemerlangan yang dirancang dan dilaksanakan. Titik pertemuan dimensi masa dan ruang khususnya yang berlaku dalam bilik darjah meletakkan guru sebagai insan luarbiasa yang di tangannya punya sentuhan ajaib ke manakah arah pemikiran murid-muridnya akan dihala.
Selari dengan pernyataan Marzano[2] bahawa tindakan guru dalam bilik darjah memberi kesan dua kali ganda terhadap pencapaian pelajar berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum. Ini berbalik kepada tanggungjawab guru terhadap pelajar. Guru yang bertanggungjawab ibarat benih yang baik yang tumbuh biar ditanam di mana sahaja. Andai ditugaskan mengajar di hutan belantara seperti di Lemoi, di pulau seperti di Bum-Bum, atau di hulu sungai seperti di Gusai, tanggungjawab digalas dengan amanah, khidmat diberi dengan sempurna.
Demikianlah komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru SKSK dalam mendidik anak-anak Orang asli. Di samping gigih meneruskan pelbagai program dalaman, mereka sangat menyambut baik program anjuran pihak luar seperti IPG TAA dalam meningkatkan pencapaian murid-murid SKSK. Program sehari bersama pelajar IPG TAA telah berjaya memotivasikan murid-murid SKSK di samping menjalin interaksi yang mesra dan lebih terbuka. Sehingga melalui pemerhatian guru-guru SKSK, melalui program ini murid-murid sudah mulai berani mengeluarkan pendapat, menjawab soalan dengan baik dan semakin yakin diri. Sedangkan hal sedemikian sukar dilakukan dalam tempoh singkat sebelum ini.
Terkini SK Sungai Kiol berada pada kedudukan ke-4 terbaik di kalangan sekolah bermurid Orang Asli di Negeri Pahang. Tahniah kepada guru-guru SK Sungai Kiol. Kemenjadian murid-murid tersebut adalah hasil air tangan anda.
[1]Tan Sri Dr. Hj.Zulkurnain b.Hj. Awang, KSU KPM.
Ucapan Alumni MPIK 20 Feb.2010
[2] Dalam Syed Ismail et.al.m.s.100.2010. Budaya dan Pembelajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Pada April 2009 saya membuat penyeliaan di Kelas Pemulihan Khas SK Bintang, Temerloh. Puan Zainon, guru pemulihan, di samping melaksanakan P&P seperti biasa, telah menyediakan satu tong air minuman khas untuk murid-murid pemulihannya. Di samping itu beliau juga menyediakan kismis dan vitamin. Beliau mendapati terdapat perubahan positif terhadap prestasi murid-muridnya hasil pengambilan bahan-bahan tersebut.
Entri kali ini agak panjang dan hybrid. Terus terang saya akui bahawa yang ini adalah bertujuan komersial..
AIR ADALAH PERMULAAN KEHIDUPAN.
KESEMBUHAN DATANG DARIPADA ALLAH SWT.
Biasa kita melihat dalam majlis bacaan YaaSiin, orang meletakkan botol-botol berisi air. Mengapa?
Begitu juga dalam perubatan Islam dan perubatan tradisional Melayu. Elemen air dimasukkan sebagai medium penyembuhan. Si perawat akan membacakan doa dan zikir tertentu lalu menghembuskan ke air tersebut. Kemudian air ini akan digunakan oleh pesakit untuk minum, sapu atau mandi.
Kita percaya bahawa air tersebut berubah dari segi khasiatnya setelah dikenakan bacaan Yaaasiin, ayat Al Quran, zikir atau doa-doa. Dari segi lahiriah, tiada apa perubahan pada air tersebut. Namun dari segi spiritual, air tersebut telah ’dihidupkan’. Air yang hidup akan memberi tenaga kepada tubuh. Ia juga ’menghidupkan’ spiritual manusia. Pengalaman saya sendiri dalam merawat orang yang pengsan dan ’melembutkan hati’ anak berusia 6 tahun terbukti berkesan.
Dr. Masaru Emoto, pakar pengkaji air dunia abad ini, juga penulis buku Massage of the Water, banyak melakukan kajian terhadap molekul air yang didedahkan pada bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau juga membuat perbandingan perubahan molekul air yang diperdengarkan lagu rock heavy metal, molekul air yang diucapkan ’terima kasih’, air yang dimaki hamun, air yang diperdengar muzik penyembuhan dan muzik simfoni Bach. Sudah tentulah molekul air ini berbeza-beza bentuknya. Tidak ketinggalan beliau juga memeriksa molekul air zam-zam. Molekul air zam-zam adalah molekul air terbaik, sempurna dan yang dicari-cari. (Kita doakan semoga Dr. Emoto dikurniakan hidayah oleh Allah SWT). Barangkali salah satu faktor ramai jemaah haji yang sihat walafiat ketika di Mekah, kerana mereka sentiasa minum air zam-zam. Namun mereka kadang-kadang menjadi kurang sihat pula bila balik ke Malaysia.
(molekul air zamzam) ucapan 'terima kasih"
(muzik heavy metal)
muzik simfoni "Bach"
Berapa ramaikah di kalangan kita yang mampu mendapatkan air zam-zam sepanjang masa.? Atau berapa kerapkah kita dapat bekalan air Yaasiin atau air doa? Saya tidak nafikan bahawa kita perlu berusaha ke arah itu, jika mahu.
Gambar-gambar Air Kristal beku yang diambil dengan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel yang dicipta oleh Dr. Emoto dengan teknologi proprietary menunjukkan gambar air suling “sebelum” dan “selepas” . Sebelum adalah sederhana. Ia tidak mempunyai bentuk atau struktur habluran terancang. Gambar selepas adalah menunjukkan air terubah bentuknya selepas dicaj atau bertenaga dengan produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel. Air Kristal bertukar kepada bentuk segi enam yang cantik. Ini menunjukkan Produk-produk Tenaga berskalar FusionExcel boleh metenagakan air “mati” menjadi air “hidup”. (Sila rujuk buku Dr. Siva tertema “Optimum Energy for Peak Performance With Scalar Energy” – Bab 4, Air Hidup – Aqua Vivens, Air Hidup).
molekul air suling sebelum dikenakan tenaga skalar
molekul air suling selepas dikenakan tenaga skalar
Ujian EMF Atas Telefon Bimbit Menggunakan Loket Kuantum. LAPORAN KHAS DARI PEMEGANG LESEN NEGARA FILIPINA, PRESIDEN PENGARAH JEREMY LOOI. Sebuah ujian frekuensi EMF pada telefon bimbit dilakukan di dewan BEP dalam pejabat Pemegang Lesen Negara Filipina di Metro Manila, menggunakan Meter TriField khusus yang mempunyai kemampuan untuk membaca dan mengukur Medan Elektrik, Magnetik Statik dan Radio / Gelombang Mikro. Dapatan bahawa Loket Kuantum FusionExcel boleh memberikan kita perisai terhadap frekuensi telefon bimbit yang merbahaya ini. video: www.fusionexcel.com
Di Filipina FusionExcel Konvensyen Nasional yang diadakan pada 06th Februari 2010, Dr Romer Macalinao (Penulis "Potensi Penyembuhan Tenaga Skalar" dan sekarang sedang menulis buku kedua "Kesan Oksigen Tenaga Skalar" bersama dengan kakitangan Audie Leonie menjalankan Analisis Darah "Sebelum" dan "Selepas" Secara Langsung dengan Loket Kuantum FusionExcel dengan menggunakan mikroskop digital berkuasa tinggi dengan pemasangan kamera CCTV.
Hasilnya mengejutkan! Gambar "Sebelum" menunjukkan bahawa relawan sel darah merah yang mengelompok, dengan tiada ruangan plasma dan aliran terhad. Setelah mengenakan Loket Kuantum FusionExcel selama hanya 10 minit, gambar "Selepas" menunjukkan bahawa relawan sel-sel darah merah tidak lagi mengelompok dan bulat, dengan ruangan plasma dipertingkatkan dan aliran yang lebih baik! Menurut Dr Romer, akan ada perbaikan peredaran darah, penyahtoksikan sel dan regulasi gula darah.
Antara Faedah Quantum Science untuk Kesihatan
Mengurangkan radang.
Meningkatkan bekalan oksigen di dalam aliran darah.
Membersihkan darah daripada lemak, zarah protin, yang seterusnya memperbaiki aliran darah.
Membantu memerangi penyakit barah kerana sel-sel kanser adalah sel-sel yang bervoltaj atau bertenaga rendah.
Menyahtoksik setiap sel di dalam tubuh anda.
Mempertingkatkan tenaga dengan cara mengecas semula dan mengubah keadaan tubuh dan sel kepada frekuensi yang betul.
Menyebatikan dirinya kepada DNA anda dan mencegah DNA tersebut daripada rosak.
Mengurangkan tekanan pada permukaan sel tubuh, dan ini mempercepatkan penyerapan dan pencernaan oleh sel tubuh.
Memperbaiki tumpuan mental seperti yang ditunjukkan melalui peningkatan jarak turun naik (amplitude) bagi frekuensi EEG.
Berfungsi sebagai anti kemurungan .
Kesembuhan migraine, lumpuh, stroke, daya fokus belajar atau memandu dalam tempoh lama.
Banyak lagi manfaat dan penemuan baru yang menakjubkan setiap hari yang dialami oleh pengguna. Misalnya melawan sel kanser, masalah kencing (kes 5 tahun kencing pakai getah, kini sembuh), hilangkan dengkur, lambatkan pemuaan malah menyongsangkan penuaan, sembuh disengat lebah, bengkak atau benjol. Memulihkan kencing manis dan darah tinggi.
Aura cas meliputi 3-5meter di sekeliling si pemakai. Sehingga orang lain pun mendapat auranya. Kesan serta merta kepada si pemakai loket. Untuk air, tempoh cas 5saat-20 minit. Bergantung kepada keperluan.
…………………………………………………………………………………………..
Hadis Rasulullah menyatakan bahawa ”Setiap amalan dimulakan dengan niat.” Dalam ucapan perasmian Darussyifa’ Cawangan Lipis yang saya hadiri pada 11 Okt. 2009, Dato’ Dr. Haron Din menyatakan bahawa merawat adalah satu amalan dalam kehidupan. Ini mesti dilakukan atas niat kerana Allah SWT. Maksud merawat termasuklah untuk diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain yang berhajat kepada rawatan untuk penyembuhan. Menunaikan hajat saudara atau bukan saudara atau makhluk Allah adalah lebih baik dari iktikaf dalam Masjid Nabi selama 2 bulan (hadis).
Dr. Emoto (dalam buku Empayar Minda Melayu Alaf Baru, oleh Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, m.s.122, Hijazz Record Pub. 2008) menyatakan bahawa niat adalah permulaan kepada perubahan dan pemangkin perubahan minda baru. Perubahan ini ibarat memulakan lagi sebuah kehidupan baru (penulis).
Bottom line: Saya sendiri telah menggunakan produk ini dan mengalami sendiri kehebatannya. Kesihatan semakin baik, berlaku penyembuhan penyakit lichen simple chronicus yang saya hadapi lebih 3 tahun, peningkatan daya fokus, dan tenaga luar biasa.. Eksperimen pertama saya ialah saya minum air dari flask titanium fusionexcel dan memandu dari Lipis ke Triang pada 11 Feb.2010. Esoknya 12 Feb. saya memandu pula ke Tembangau 1. Dari Tembangau 1 saya patah balik ke Bukit Mendi dan terus ke Kemasul lalu keluar ke Karak, terus ke SBPI Gombak. Kemudian patah balik ke Kuala Krau. Saya hanya berhenti untuk solat dan isi minyak kereta. Selebihnya tiada rasa mengantuk dan letih, melainkan fokus yang tajam. Pada malam itu pula saya berada di Temerloh pada pukul 8.30 malam untuk taklimat Fusion Excel.
Saya amat gembira berkongsi maklumat dan produk ini dengan sesiapa sahaja. Lain-lain testimoni boleh dirujuk melalui flyers, web, video, pengguna, seminar atau hubungi saya sendiri.
Sekali lagi dimantapkan, hanya Allah SWT Maha Kuasa dan Maha Penyembuh. Makhluk tiada kuasa, Objek seperti batu gunung berapi, loket, gelang, flask air, jam tangan dan lain-lain tiada kuasa. Kita adalah hambaNya. Hidup di dunia ini diberikan aturan olehNya iaitu mengikut sunnah alam. Berasaskan sebab musabab. Api membakar, air membasah. Untuk sembuh, berubatlah disamping berdoa.
Kepada kaum lelaki Islam tidak digalakkan memakai rantai loket dengan menggantung di leher. Loket boleh disimpan dalam poket. Kesannya tetap sama. Sayapun tidak memakainya seperti kalung. Lagipun bentuknya seakan-akan tangkal.
Berbalik kepada kes Cikgu Zainun di SK Bintang. Jika Cikgu Zainun menggunakan air tapisan Bio Aura atau Alken, atau Al Jabbar atau apapun jenama, ditambah pula bacaan Yaasiin, zikir dan doa, tidak hairanlah kesan positif berlaku kepada muridnya. Yang terbaik adalah air zam-zam. Namun alternatif terhampir adalah air tapisan (jika tiada pun tidak mengapa), tambah bacaan Yaasiin, tambah pula tenaga sklalar. Kesannya luar biasa. Bagaikan bateri baru.
Satu lagi pesanan saya, jika setelah menggunakan produk ini, mata tetap segar dan badan asyik bertenaga sahaja, pastikan mata dan badan kita diberi rehat yang sepatutnya. Gunakan tenaga ekstra ini di saat yang perlu sahaja.
Terakhir; jika berminat dengan produk ini, sila hubungi saya. Produk yang saya perkatakan ini ialah loket (pendant) dari lahar gunung berapi (Jepun & Jerman), dan flask air. Pendant yang diperbuat daripada lahar gunung berapi ini dapat bertahan sehingga 200 tahun pemakaiannya! Terdapat juga pelan pemasaran untuk peningkatan pendapatan sehingga RM100,000.00 sebulan. Saya rasa produk ini sudahpun heboh diperkatakan di Malaysia.
RUJUKAN:
Dato’ Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, edisi ke-2. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia, 2008. Bandar Baru Bangi.
Dato’ Dr. Haron Din, Kuliah Darussyifa’ Cawangan Lipis, 11.Okt. .2010
Dr. Amran Kasimin & Dato’ Dr. Haron Din. Doa dan Rawatan Penyakit (i & ii). Percetakan Watan Sdn. Bhd. 1997. Kuala Lumpur (kepentingan air dalam perubatan Islam)
Empayar Minda Melayu Alaf Baru, Prof. Dato’ Dr. Zubir Haji Yahya, Hijjaz Record Pub. 2008. Kuala Lumpur.
Majalah RAPI, edisi 15 Feb 2010 (edisi khas tentang kehebatan air untuk kesihatan)
Bagaimana kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu yang diceritakan dalam buku-buku? Tak lain tak bukan ialah terdapatnya si pencerita.. Pencerita boleh jadi tidak terlibat secara langsung, atau boleh jadi juga adalah watak utama dalam cerita tersebut. Maksudnya dia menceritakan kisah dirinya sendiri.
Jika demikian, menceritakan kepada orang lain hal-hal berkaitan diri sendiri membolehkan orang lain tahu tentang kisah tersebut. Sama halnya kita boleh mengetahui kisah-kisah orang dahulu. Yang pasti, cerita yang disampaikan ini bertujuan untuk kebaikan bersama. Saya percaya inilah tujuan orang-orang dahulu menceritakan kisah-kisah hidup mereka.
Sebermula sebuah kisah….
Saya masuk ke sebuah kedai fotostat di Temerloh. Setelah selesai fotostat, pembantu kedai telah tersilap memulangkan baki wang yang jumlahnya terlebih kira-kira hampir RM3.00. Saya hanya menyedari setelah jauh dari kedai tersebut. Oleh kerana masalah parkir kereta yang kritikal di Temerloh, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pemulangan wang tersebut. Namun hati saya memberontak. Rasa tidak selesa menanggung masalah sebegini. Untuk melegakan perasaan, saya singgah di sebuah kedai buku, lalu membeli sebuah buku agama dengan wang tersebut. Saya bercadang menghadiahkan buku tersebut ke mana-mana surau atau masjid. Namun akhirnya sehingga ke hari ini saya belum berpeluang berbuat demikian.
Tindakan menggantikan hutang duit dengan buku agama adalah seuatu yang tidak ada kena mengena. Apatah lagi pihak yang memberi hutang tidak tahu menahu. Orang yang berhutang wajiblah membayar hutangnya. Pernah sampai ke telinga saya, orang yang tidak selesai hutangnya, rohnya tidak akan melepasi langit. Lagipun saya tidak menceritakan kepada sesiapa tentang hutang tersebut. Jika saya mati dalam tempoh tersebut, siapakah yang akan tahu tentang hutang itu?
Barangkali alasan bahawa saya telah berpindah ke Kuala Lipis agak boleh diterima menyebabkan saya tiada masa kembali ke Temerloh menyelesaikannya. Nampaknya saya tiada kesungguhan. Dan malangnya saya sanggup hidup dalam konflik dan risiko.
Akhirnya pada 7 November 2008, saya mengambil keputusan kembali ke kedai tersebut. Saya berjumpa tauke kedai dan menceritakan hal hutang ini. Kemudian saya membayar RM3.00 kerana saya tak pasti jumlah sebenarnya yang lebih RM2.00 tapi tak sampai RM3.00. Tauke kedai ini kelihatan terperanjat. Namun kemudiannya dia menerima wang tersebut sambil berkata..
Saya berasa kecewa apabila ada kalanya apabila kita bersalaman dengan seseorang, orang itu langsung tak pandang muka kita. Selalunya keadaan ini berlaku sewaktu orang itu harus bersalam lebih dari seorang. Maksudnya bukan di antara kita dengan dia sahaja. Kadang-kadang tu, rasa kecil hati juga. Kita beria-ia mengukir senyum termanis, dia pula sibuk bercakap dengan orang di sebelah kita sambil menghulurkan tangannya ke arah kita dalam keadaan nak tak nak saja.
Mungkin juga rakan di sebelah lebih dahulu menyapa, lalu orang ini tak sempat nak melihat muka kita, terus bercakap dengan rakan kita tadi. Tetapi, dalam keadaan tertentu, memang terdapat spesis orang yang bersalam tak suka bertatap wajah walau sesaat. Apakah yang menyebabkan mereka bertingkah laku sedemikian? Mungkin masalah personaliti, emosi atau egois?
Pernah saya terfikir, apabila orang sebegini menghulurkan tangan ke arah kita tetapi sambil dia memandang ke arah lain, saya akan tidak menghulurkan tangan kepadanya. Atau saya akan menghulurkan tangan ke arah kiri atau kanan sedikit. Kononnya tangan dia hulurkan tak tepat ke arah tangan kita. Maklumlah sebab dia tak pandang kita. Walau tindakan ini nampak kebodohan, sekadar untuk membuat dia peka dengan sikapnya terhadap orang lain. Itu saja.
Walau sedikit pengalaman dalam perjalanan yang singkat...
Kecil pengamalan dalam saat yang dekat..
Mengharap besar pengalamian dalam peluang yang dapat...